SUMBANGAN DERMA UNTUK PETUGAS PAS JASIN Cetak
  
Jumaat, 14 Ogos 2009 00:35

 JASIN 14 OGOS - Pas kawasan Jasin akan menghantar petugas ke Permatang Pasir,Permatang Pauh bermula 17 Ogos nanti.Pas Kawasan Jasin atau Negeri Melaka akan ditempatkan di UPU Kampung Pelet dibantu oleh Negeri Johor manakala kawasan membantu ialah Bagan dan Bukit Gelugor manakala ketua petugas luar diberikan kepada Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamad.

Menurut Mej(B) Hj Jasme b Tompang,Pas Melaka akan menghantar 3 pasukan dan akan ditugaskan mengikut jadual yang telah ditetapkan.Beliau merayu orang ramai khususnya ahli PAS Kawasan jasin agar dapat memberi sumbangan kewangan untuk menampung keperluan petugas-petugas Jasin.Sumbangan boleh disampaikan terus melalui bendahari Saudara Aminudin Ali .

Dengan sumbangan yang diberikan adalah diharap dapat meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh petugas-petugas.Mudah-mudahan sumbangan ikhlas yang diberi akan memenangkan Parti Islam Semalaysia dan Pakatan Rakyat umumnya.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 14 Ogos 2009 00:38 )