ISU ARAK : MASYARAKAT INDIA SERU ALI ROSTAM CERMIN MUKA Cetak
  
Khamis, 13 Ogos 2009 22:06
 
Masyarakat India menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya mencermin diri sendiri sebelum meminta kerajaan negeri PR mengharamkan arak secara total.
Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat bagi kaum India, N Balasubramaniam berkata dari tinjauan beliau bersama rakan-rakannya banyak sekali arak dan samsu-samsu yang amat berbahaya dijual di Melaka secara terbuka.

Bala berkata antara samsu yang dijual di negeri ini ada yang mengandungi 37 % alkohol yang amat berbahaya sedangkan kandungan alkohol dalam beberapa jenis alhokol lain hanya 5 % sahaja.

"Kalau kandungannya 37 % ianya boleh membakar perut si peminum tetapi mengapa ianya dibenar untuk dijual di Melaka dan negeri lain-lain yang diperintah oleh BN".

"Jangan hanya tuding jari kepada orang lain tetapi diri sendiri lebih teruk" jelas Bala.

Bala berkata demikian dalam program muhibbah Kelab Penyokong PAS Kaum India dengan masyarakat India Melaka di Bukit Katil malam tadi.
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 13 Ogos 2009 22:06 )