Tom Pasa aiyei ! Cetak
  
Khamis, 13 Ogos 2009 21:51

Ali Rostam Bersama Shah Rukh Khan di Mumbai

KALAU DI UMBAI BOLEH TAHAN JUGA 

Bintang tersohor Bollywood Datuk Shah Rukh Khan telah meraikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Mumbai Isnin
lalu.

"Saya makan malam di rumahnya. Beliau hidang masakan India terbaik termasuk briyani and thosai.

"Boleh saya katakan, masakan Malaysia kurang 20 peratus sedap daripada masakan asli India," kata Mohd Ali kepadaBernama semasa berkunjung ke Hyderabad.

Mohd Ali dan ahli rombongan kecilnya berada kira-kira dua jam di rumah besar Shah Rukh di Banjara Hills di Mumbai.

Beliau berkata Shah Rukh turut bersetuju untuk melakukan satu atau dua penggambaran filem untuk filem terbarunya bertajuk Happy New Year di Melaka lewat tahun ini.

Filem ini diarah sendiri Shah Rukh dan isterinya Gauri Khan. 

Shah Rukh Khan menerima gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka akhir tahun lalu.

Semasa di sini, Shah Rukh dan Mohd Ali juga berbincang untuk menubuhkan studio filem di Melaka bagi membangunkan bakat untuk industri filem Malaysia.

"Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang lakonan dan pengeluaran filem.

"Beliau telah memberi persetujuan, kita berharap beliau dapat memberi syarahan dan berkongsi pengetahuan dengan kita," kata Mohd Ali.
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 14 Ogos 2009 08:55 )