DAPATKAN HARAKAH TERKINI - SHAMSUDIN HJ KAMIT Cetak
  
Rabu, 12 Ogos 2009 23:02

CHABAU 13 OGOS - Pengedar Harakah Chabau dan Sempang Bekoh  Saudara Shamsudin b Hj Kamit (gambar) mrnyarankan supaya setiap ahli PAS membaca akhbar Harakah yang dibekalkannya.Menurut beliau bilangan akhbar Harakah yang diedarkannya semenjak kebelakangan ini semakin bertambah .Ini disebabkan oleh keinginan untuk mengetahui apa yang berlaku di tanah air melalui saluran lain iaitu HARAKAH.

Ramai juga ahli UMNO yang berminat untuk membaca akhbar Harakah kerana mereka juga tidak percaya lagi dengan akhbar arus perdana yang menyiarkan berita berat sebelah dan sukar dipercayai.Samsudin yang telah 10 tahun mengedar Harakah sangat bangga dengan usaha yang dilakukannya.Walaupun terpaksa melalui berbagai dugaan antaranya ada pelanggan yang tidak membayar,tetapi beliau tetap gigih kerana katanya inilah antara runag yang membolehkannya berkhidmat kepada jamaah PAS.Untuk Edisi terbaru,pembaca Harakah boleh mendapatkan akhbar tersebut selewat-lewatnya jam 9.00 pagi