Tak Mustahil LGBT jadi wakil rakyat PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 04 Oktober 2017 22:19

Insyaallah,dikalangan ahli parlimen Pas tak ada,yang disebelah sana tu yang hendak pesta tu pesta ni,kemungkinan ada..!!

 

October 4, 2017

Tak Mustahil Ahli Parlimen Akan Datang Di Kalangan LGBT Jika Tak Dibanteras Sekarang

 

SEMAKIN membimbangkan. Penularan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini dilihat tidak lagi bergerak secara senyap-senyap, namun semakin lantang bersuara serta menonjol secara terbuka.

 

Terbaru, viral di laman sosial terdapat sekeping gambar yang didakwa sekumpulan golongan LGBT mengambil peluang menggunakan perhimpunan toksik politik sebagai mempromosikan gaya hidup songsang tersebut dan menuntut ‘hak’ mereka. Baru-baru ini pula heboh mengenai pesta tarian gay.

 

Penularan ini bukan sahaja jelas bertentangan dengan akidah sebagai umat Islam, malah jika tidak ditangani segera mampu memberi kesan buruk terhadap masa depan negara dan kecelaruan jantina serta budaya.

LGBT bukan fitrah tapi ia adalah satu penyakit. Fitrah manusia sebenarnya adalah diciptakan dengan perkahwinan lelaki dan perempuan, bukan lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan.

 

“Wahai manusia, bertaqwalah kamu sekalian kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu satu diri, lalu Ia jadikan daripadanya jodohnya, kemudian Dia kembangbiakkan menjadi laki-laki dan perempuan yang banyak sekali.” [QS. An Nisaa (4):1].

 

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [QS. Al Hujuraat (49):13]

 

Tidak seorang pun yang terlahir sebagai gay mahupun lesbian.

 

Penyimpangan-penyimpangan itu terjadi apabila sering melanggar perintah Allah dan akhirnya timbul kebosanan dan ingin mencuba yang lebih lagi. Dimulai daripada hal-hal yang kecil seperti menanggalkan hijab dan tidak menjaga pergaulan (ikhtilat) dalam urusan melibatkan berlainan jantina.

 

LGBT kini menular di institusi pengajian tinggi dan malangnya, rata-rata yang terlibat adalah Melayu. Mereka bergerak menggunakan laman sosial untuk mengumpul kekuatan sehinggalah lahir apa yang kita panggil hari ini sebagai LGBT. Mereka inilah segelintir daripada generasi pemimpin masa depan.

 

Soalnya apa akan jadi jika golongan muda yang dianggap sebagai pemimpin masa depan ini kelak adalah di kalangan gay? Bukankah pada masa itu segala tuntutan LGBT ini akan diiktiraf kerana pemimpin negara kita pada masa itu juga pengamal dan penyokong kepada budaya laknat ini?

 

Berdasarkan arah aliran (trend) semasa, kita tidak menolak kemungkinan dalam masa beberapa tahun lagi jika kerajaan tidak tegas dalam menangani isu LGBT akan lahir ahli politik atau Ahli Parlimen di kalangan gay. Hari ini pun kita sudah dihidangkan dengan bukti-bukti yang mewajarkan kebimbangan itu kerana terdapat ahli politik menyokong LGBT.

 

Jika kita mengucap dua kalimah syahadat, kita orang Islam dan kita membaca al-Quran, kita tidak akan bercakap bahawa “LGBT itu hak masing masing”. Sebab apabila kita bercakap begitu, seolah-olah kita menyokong. Sedangkan kita tahu LGBT ini menyalahi hukum Islam yang dijelas dengan terang dalam al-Quran.

 

Saya tetap tidak bersetuju dengan pandangan menyatakan kita kena beri peluang kepada puak-puak ini. Al-Quran sudah nyatakan terang-terang, ini bukan buku yang ditulis oleh Stephen R. Covey atau Edward de Bono. Tak takutkah kita kepada hukum Allah? Kalau pun nak bercakap, rujuk dulu al-Quran.

 

Apabila ditegur dituduhnya kita ini jenis suka kecam semua perkara dan terlalu ekstrem menterjemah agama sedangkan perkara ini sesuatu yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam dan budaya Melayu malah sudah diceritakan Allah mengenai nasib kaum Nabi Lut AS.

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday667
mod_vvisit_counterYesterday1189
mod_vvisit_counterThis week2845
mod_vvisit_counterLast week7462
mod_vvisit_counterThis month24384
mod_vvisit_counterLast month27742
mod_vvisit_counterAll2146465

Online (20 minutes ago): 18
Your IP: 54.81.79.128
,
Now is: 2017-10-24 15:22

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.