Apa ‘Negatifnya’ Program Fastaqim 2.0? PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 04 Oktober 2017 09:26

Sudah lama saya menahan diri untuk tidak respons kepada komen dan tohmahan serta fitnah yg dilemparkan kepada PAS yang saya yakin sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam atas ‘platform’ parti politik dalam negara ini yang sama-sama kita cintai. Saya fikir kerja menjawab seumpama ini hanya padan dijawab oleh ‘geng-geng’ nakal pemuda yang ramai sokong PAS sekarang ini. Tetapi memikirkan ‘addinu nasihah’ dan atas dasar sayang kepada kawan-kawan kita, perlu jugak sekali sekala ada penjelasan supaya kita tidak menempah ‘dosa kering’ akibat mainan politik persepsi.

Kebetulan saya duduk dalam jawatankuasa program FASTAQIM 2.0 ini yang memang dirancang daripada awal dibuat di Terengganu. Program-program besar PAS memang diputuskan di tempat yg berlainan menjelang PRU14 termasuk FASTAQIM 1.0 diadakan di Kelantan dua tahun lepas sementara Muktamar PAS Pusat di adakan di Kedah pada tahun ini.

Sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam yang besar, PAS berhasrat melalui program ini dapat mengumpul kekuatan ahli dan penyokongnya dan membina solidariti serta suntikan semangat di tengah-tengah pelbagai fitnah yang dahsyat, seolaholah PAS sudah terkeluar dari arus politik perdana dan tidak mendapat tempat lagi di hati masyarakat.

Berapa ramai jumlah tepat yang hadir dalam himpunan ini tidak perlu dibahaskan, biar gambar berbicara. Kami pun tidak berminat untuk komen berapa ramai pula yang hadir program PH di Terengganu yang turut dihadiri oleh Wan Azizah, Rafizi dan lain-lain, yang dibuat pada tarikh yang sama dengan program FASTAQIM 2.0. Kami juga tidak mahu komen berapa ramai yang hadir dalam program ‘Jom Heboh’ yang diadakan pada tarikh yang sama. Apa yang jelas, ratusan ribu orang yang hadir dalam program FASTAQIM 2.0 ini hampir 80 peratus adalah terdiri daripada anak-anak muda yang datang dari seluruh negara.

Dalam media sosial ditularkan pelbagai komen, perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mengambil sumber maklumat yang tidak tepat tentang program ini. Apa perlunya disiarkan gambar-gambar orang buang najis di tempat lain dan sampah yang belum dikutip sebagai ukuran dalam membuat penilaian program ini? Apa perlunya orang yang datang ke program ini digambarkan adalah ‘dibayar dan ditaja’ serta semacam dipaksa untuk menderma?

Kalau kita tidak suka kepada sesuatu perjuangan atau parti politik tertentu tidak menjadi masalah. Ini negara demokrasi. Tetapi kalau kita berlagak serba tahu dalam soal dalaman sesuatu parti lain dan cuba menyebarkan sesuatu yang tidak benar kepada masyarakat menggambarkan seberanya kita ada penyakit dalaman. Penyakit seumpama ini kalau tidak cepat berubat mudah melarat dan sukar untuk disembuhkan. Lebih parah lagi kita tidak tahu yang kita sedang sakit. Kita harap kawan-kawan kita yang sudah masuk umur warga emas tidak terikut-ikut dengan rentak ini. Biarlah hidup kita di penghujung hayat ini kita pakat doa dikurniakan Allah dengan pemikiran yang sihat dan banyak buat amalan kebajikan sebelum berjumpa dengan Allah nanti.

Kawan-kawan kita yang pakar dalam bidang ‘costing’ boleh buat anggaran berapa banyak bajet yang perlu disediakan untuk kemudahan kepada pengunjung program ini – kos kebersihan tempat yang asalnya tidak terurus seluas 50 ekar di tepi pantai, bekalan air, elektrik, 60 buah tandas, tempat solat, beratus buah kanopi (pentas utama, VIP, lebih 200 gerai), ‘sound system’, bekalan makanan untuk petugas dan VIP dan pelbagai perbelanjaan lain termasuk beribu orang petugas Jabatan Amal menguruskan lalu lintas beribu buah kereta, beratus buah bas dan tidak terkira bilangan motosikal menggantikan khidmat polis. AlhamduliLlah sebahagian besar perbelanjaan ini banyak didapati secara percuma atau dapat diskaun yang besar dan juga tajaan hadiah dalam pelbagai sukan dan riadhah serta pertandingan termasuk sukan air seperta jet ski, memancing dan sebagainya.

Dari dahulu hingga sekarang para pendokong PAS diajar dengan semangat pengorbanan yang yang tinggi, yang membiayai program seumpama ini dari duit poket mereka sendiri dengan kadar dan kemampuan masing-masing, walaupun sebahagian besar mereka sudah berbelanja dari segi kos pengangkutan, tempat tinggal dan makan minum sepanjang dua hari mereka berada di sini. Tak perlulah dibuat fitnah sumbangan mereka kerana dipaksa atau dimanfaatkan untuk kepentingan lain seperti kepentingan hidup mewah pemimpin dan lain-lain!

Program ini pada asasnya adalah program dalaman PAS dengan pelbagai pakej termasuk sidang meja bulat beratus buah NGO’s, himpunan dan pelancaran jentera pilihanraya di peringkat Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat serta pelancaran Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) sebagai asas pemerintahan Islam selain daripada ucapan pimpinan parti dan NGO’s. Turut menghibur pengunjung program ini dari beberapa selebriti terkenal termasuk Zul Handyblack, kumpulan Hijaz dan lain-lain.

Tidak wujud yang dikatakan ‘senarai rasmi’, mereka yang akan diisytiharkan masuk PAS sebagaimana didakwa. Yang timbul ialah soalan wartawan apabila ditanya kemungkinan ada orang yang diisytiharkan masuk PAS. Memang jawapannya mungkin ada atau sebaliknya. Kita tidak mahu tuduh siapa yang buat kerja menyediakan senarai lengkap mereka yang akan masuk PAS untuk disebarkan.

Cuma dalam ilmu ‘perang saraf’ memang biasa ia dilakukan bagi mereka yang mahu mencipta sesuatu isu, dikaitkan dengan satu-satu pihak, kemudian menuduh pula pihak berkenaan berbohong apabila tidak mengikut skrip. Pada kami kehadiran orang seperti Mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Dato’ Huan Cheng Guan, bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dato’ Seri Zakaria Jaafar dan beberapa pemimpin NGO di atas pentas PAS sudah cukup bermakna.

Saya tak nampak apa yang negatif sangat program FASTAQIM 2.0 ini. PAS bukan sahaja mempromosikan’Tahun Melawat Trerengganu’ tetapi membawa masuk ratusan ribu pelancong dari seluruh negara yang berbelanja di sini sempena program ini. Mereka bukan sahaja ‘membeli belah’ di pantai Tok Jembal tetapi di premis perniagaan lain di sekitar Kuala Terengganu. Beratus orang peniaga gerai dapat rezeki yang banyak sementara suasana kawasan persekitaran menjadi lebih bersih, ceria dan sedap mata memandang selepas program.

PRU14 hampir menjelang tiba dan parti-parti politik samada secara berseorangan atau dalam pakatan kena buat kerja masing-masing untuk kalahkan UMNO/BN. Yang rakyat nak tengok ialah kekuatan kepimpinan bersama polisi serta rangka kerja parti masing-masing untuk membela kepentingan rakyat. Kalau kita rasa kita kuat tak perlulah perlekehkan pihak lain. Kita berdiri atas kekuatan kita sendiri bukan bergantung kepada ‘serangan negatif’ kepada pihak lain.

PAS akan terus istiqamah agenda politik matang dan sejahtera dan tidak akan sekali-kali mengadakan pakatan politik dengan UMNO dalam PRU14 ini walau apa pun persepsi yang ditohmahkan. Pangkalan kita ialah orang Melayu yang merupakan kelompok pengundi terbesar dan pada masa yang sama PAS akan berusaha menjelaskan kekeliruan ‘yang diracun’ ke dalam masyarakat bukan Melayu/Islam. PAS bukan sahaja berhasrat pertahan Kelantan, menawan negeri Terengganu dan beberapa negeri lain tetapi juga mahu ke Putrajaya namu tidak akan meninggalkan agenda Islam. Sebab itu sebagai contoh PAS tetap membangkang program ‘festival arak’ atas nama apa sekali pun walau pun.

Sebaliknta ada pihak daripada parti-parti lain boleh bertolak ansur dalam isu ini kerana ‘kononnya’ mahu jaga hati kawan!

*** Haji Yahaya Ali ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 Badan Berhubungan PAS Negeri Terengganu.

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday669
mod_vvisit_counterYesterday1189
mod_vvisit_counterThis week2847
mod_vvisit_counterLast week7462
mod_vvisit_counterThis month24386
mod_vvisit_counterLast month27742
mod_vvisit_counterAll2146467

Online (20 minutes ago): 18
Your IP: 54.81.79.128
,
Now is: 2017-10-24 15:24

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.