Jawapan kepada tuduhan PAS sesat politik PDF Cetak E-mail
  
Isnin, 08 Mei 2017 12:26

Oleh USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM

PAS sebuah gerakan Islam berpengaruh dan istiqamah sepanjang 63 tahun perjalanannya adalah paling konsisten berbanding mana-mana gerakan dan badan politik di negara ini.

PAS yang berpendirian menolak politik pragmatis dan machiavelli tetap berpegang dengan prinsip dan dasar perjuangannya sekalipun suasana dan kancah politik dengan pelbagai warna dan rupa.

Tuduhan Lim Guan Eng mengatakan PAS sesat dalam politik adalah semata-mata untuk memburukkan PAS hanya disebabkan PAS terus istiqamah dengan prinsipnya dan bergerak berpandukan petunjuk wahyu al-Quran dan Hadis.

Mana mungkin mereka DAP, PKR dan PAN memahami perjuangan dan cara PAS berjuang kalau mereka tidak memahami al-Quran dan Hadis atau menolak panduan kedua-duanya dalam urusan politik.

Islam mengajar kita bahawa petunjuk Allah merupakan sebesar nikmat kehidupan di dunia malah hidayah panduan ini bukan dalam hal urusan aqidah dan ibadah sahaja tetapi juga dalam urusan politik.

PAS konsisten berpandukan al-Quran dan Hadis, Ijmak dan Qiyas dalam apa jua dalam setiap keputusan dan tindakan malah sentiasa dipantau oleh Majlis Syura Ulamak agar PAS tetap utuh dengan dasar Islam.

Setiap isu negara, politik dan semasa ditangani PAS berprinsip dan berpandukan hidayah Islam.

BERPOLITIK PILIHAN RAYA

Penyertaan PAS di lapangan politik pilihan raya merupakan ijtihad berani PAS berpandukan empat sumber Islam bahawa pendekatan muwajahah silmiyah adalah seutama-utama jalan dan taktik bagi menyampaikan Islam dalam konteks dan ruang lingkup prinsip demokrasi.

Ayat al-Quran surah an-Nahl ayat 125’

"...Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.. ." Pemahaman daripada ayat diatas adalah petunjuk bahawa pendekatan dengan hikmah dan kebijaksanaan merupakan kaedah penting dalam menyampaikan Islam dan demokrasi pada waktu ini adalah jalan paling strategik sesuai dengan maksud muwajahah silmiyah yang dipegang oleh PAS.

Ketempangan demokrasi sejak puluhan tahun yang diamalkan dalam negara ini dihadapai oleh PAS dengan kesabaran tanpa gopoh dan melatah. Walaupun keberadaan PAS dengan sistem demokrasi yang penuh kecelaruan dan tempang, PAS berjaya sikit demi sedikit membawa risalah Islam dan syariahnya ke dalam lubuk masyarakat dan negara ini. Ruang ini diambil oleh PAS dengan sebaiknya selama ia tidak menghalang PAS daripada menyampaikan Islam.

Sebanyak 13 kali pilihan raya disertai oleh PAS yang mengalami kalah dan menang sepanjang 60 tahun lebih penyertaannya dianggap satu parti yang paling konsisten dan istiqamah walaupun banyak keadaan PAS berada di padang yang tidak sama rata, dizalimi, ditipu, tindakan kekerasan daripada pihak lawan, sekatan, dan pelbagai rupa bentuk ketidakadilan, namun PAS kekal dengan jalan demokrasi kerana Islam mengajar PAS agar tetap mengutamakan pendekatan damai daripada selainnya.

PAS MENOLAK NASIONALISME SEKULARISME DAN SOSIALISME LIBERALISME

Firman Allah swt dalam surah ali-Imran ayat 85; "...Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi..."

PAS tetap dengan perlembagaan dan dasar serta tujuan perjuangannya iaitu untuk menjadikan masyarakat dan pemerintahan dalam negara ini terlaksana nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhoan Allah SWT. PAS juga dalam mempertahankan kesucian Islam akan tetap mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

PAS dalam perjuangannya menterjemahkan maksud sebenar Islam yang syumul yang tidak hanya menyempitkan tafsiran Islam tinggalan penjajah dan musuh Islam sekadar "religion iaitu ritual (upacara) dan spiritual (kerohanian) semata-mata. Tetapi apa yang PAS ingin bawa dan terapkan dalam kehidupan bermasyarakat dan negara ini adalah tafsiran Islam sebagai ad Deen iaitu cara hidup yang sempurna dengan Islam.

Perjuangan PAS ini bukan sekadar angan-angan kosong malah ia selari dengan Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 3 iaitu Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan menjadikan perjuangan PAS relevan dan sentiasa 'evergreen' iaitu memperjuangkan Islam yang dijamin perlembagaan.

Dasar perjuangan Umno BN, DAP dan PH lain adalah bagi pandangan PAS tidak selari dengan maksud Islam sebenar yang dipasakkan dalam perlembagaan dan dengan itu PAS terus dan tetap dengan perjuangannya bagi memastikan Islam sebenar itu dapat dipraktikkan.

Umno BN dengan dasar Nasionalisme Sekularisme yang tidak selari dengam prinsip Islam walaupun ada beberapa sumbangan pada sebahagian syiar Islam.

Pakatan Harapan pimpinan DAP adalah lebih jauh daripada Islam iaitu Sosialisme Sekular Liberalisme yang menolak secara langsung fungsi dan peranan agama dalam kehidupan lebih-lebih lagi Islam.

Atas sebab itu PAS selama kedua-dua jalur tersebut yang tidak berta'abbud dan tunduk kepada Islam yang syumul, selama itu PAS akan tetap berjuang dan istiqamah dalam arena politik demokrasi di negara ini.

RUU 355 adalah bukti istiqamahnya PAS kekal dasar perjuangannya dengan gigih berusaha menerapkan semampu mungkin kesyumulan Islam di celah-celah demokrasi tempang yang masih terdapat juga elemen sekularisme dan liberalisme yang menjadi kekangan dan halangan.

Inilah ruang yang ada bagi PAS untuk berjuang memastikan hasrat kesyumulan Islam itu direalisasikan walaupun memakan masa bertahun lamanya dan juga ketempangaan demokrasi tambah lagi dengan kejahilan terhadap Islam.

PAS PEMBANGKANG YANG KONSISTEN DENGAN ISLAM

PAS sebagai sebuah parti terkuat dan berpengalaman di negara ini, walaupun masih belum berjaya memegang kerajaan, PAS akan sedia dan terus menjadi pembangkang dengan berpegang paksi Islam dan menjunjung kedaulatan negara.

Tugas sebagai pembangkang yang diterajui PAS telah membuahkan hasil dan kesan yang baik kepada negara. PAS membangkang dengan pendekatan yang dipandu dengan Islam al-Quran dan as-Sunnah serta sirah Nabi SAW.

PAS tidak membangkang dengan cara membabi buta, tidak berhati perut, tiada menyimpan dendam, bersabar, tidak gopoh, berfakta bukan persepsi, tidak emosi, dan yang paling penting adalah berpandukan al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

Menasihat, menegur dan mengemukakan penyelesaian secara Islam di samping menghormati rukun dan kedaulatan negara adalah pendekatan PAS sebagai pembangkang.

Al-Quran dan Hadis Baginda SAW mendidik supaya penggunaan pendekatan yang pelbagai perlu diutamakan dalam ruangan muwajahah silmiyah bagi menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Firman-Nya dalam surah Taha ayat 43-45 menceritaka Nabi Musa dan Harun as diutuskan kepada Firaun, "..Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut..".

Daripada Abi Sa'id Al Khudri bahawa Nabi saw juga bersabda; Maksudnya, "barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, cegahlah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hati (perasaan benci dan tidak redho), yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (HR Imam Muslim)

BEKERJASAMA ATAU BERTAHALUF

Nabi SAW sendiri menerusi sirahnya menunjukkan bahawa dalam perjuangan ini memerlukan sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak selama kepentingan Islam dan prinsip terpelihara.

Nabi SAW bersedia untuk bertahaluf dengan pihak bukan Islam bukan untuk mengambil kesempatan ke atas mereka tetapi untuk membenarkan Islam dimartabatkan dan meruntuhkan kezaliman yang melata terhadap rakyat.

PAS memahami realiti politik dalam negara bahawa diversiti bangsa dan agama adalah satu hakikat yang mesti diraikan oleh PAS. Tahaluf merupakan kaedah strategik untuk membuka laluan dakwah yang lebih luas kepada PAS. Maka asas utama PAS bertahaluf dengan mana-mana pihak adalah dakwah Islam, selagi ia dibenarkan dan tidak dihalang. Tetapi sekiranya asas ini tidak jelas atau dikekang, maka pada waktu itu tahaluf tidak dibenarkan.

Al Quran menyeru bekerjasama dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan dalam urusan kehidupan masyarakat dan negara. Konsep ini diaplikasikan PAS sebagai satu kaedah dakwah PAS dalam ruang demokrasi dan politik damai. Firman-Nya dalam al-Maidah ayat 2; "... Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)..."

Bekerjasama dalam perkara kebaikan adalah maksud umum risalah Islam. Ini adalah permusuhan dan mencari musuh bukanlah satu pilihan dalam Islam. Tambahan pula bekerjasama yang mampu menguntungkan Islam sepatutnya ia menjadi keutamaan dan cara terbaik.

PAS KEMUKA PENYELESAIAN ISLAM

Firman Allah SWT dalam al-Maidah ayat 48; "...Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu."

PAS menerusi gerakannya membawa Islam sebagai rahmat pasti meyakini bahawa Islam mampu menyelesaikan segala kemelut dan masalah manusia.

Kezaliman pemerintahan, kepincangan sosial masyarakat, salahguna kuasa, jenayah, kemelesetan ekonomi dan lain-lainnya mampu ditangani oleh Islam sekiranya diberikan peluang kepada PAS untuk memerintah negara ini.

Pemerintahan yang adil adalah satu prinsip daripada Islam yang menekankan aspek keadilan sekalipun terhadap musuh sama ada suasana aman mahupun perang. Keadilan juga menghampirkan pengamalnya kepada sifat taqwa.

PAS menyeru semua kembali kepada syariat Islam sebagai penyelesaian kepincangan masyarakat dan jenayah setelah kegagalan demi kegagalan segala sistem perundangan ciptaan manusia. RUU 355 adalah satu langkah mula bagi menjadikan satu suri teladan bahawa menerusi Mahkamah Syariah yang diperkasakan dalam ruang yang ada sedikit sebanyak memberikan harapan kepada rakyat bahawa hanya Islam berupaya membawa rahmat.

Kemelesetan ekonomi adalah disebabkan amalan ekonomi bertuhankan kebendaan dan bukannya kepada Pencipta iaitu Allah SWT. Sistem kapitalis yang diamalkan bertunjangkan riba amat ditegah keras oleh Islam mesti dihapuskan. Isu hutang 1MDB berpunca amalan berasaskan riba dan cukai GST yang jauh daripada panduan wahyu.

Kerajaan Pimpinan PAS di Kelantan adalah satu contoh kepimpinan berpandukan panduan Ilahi dengan mengemukakan aspek pemerintahan berlandaskan Islam. Walaupun kerajaan ini dihimpit dan disekat haknya, masih mampu dengan jayanya memerintah negeri Kelantan. Keyakinan pada Islam mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat dan kemakmuran kepada negeri.

Maka, PAS sebuah parti dakwah dan istiqamah dengan panduan hidayah Allah SWT dan sentiasa memohon kepada Allah agar memandu jamaah ini bergerak atas landasan al-Quran dan Hadis yang ditinggalkan oleh Pesuruh-Nya SAW.

Kita berdoa sebagaimana diajar oleh Allah SWT dalam surah al-Fatihah dengan kalam-Nya sendiri, ayat 6-7; ???????? ?????????? ?????????????? ??????? ????????? ?????????? ?????????? ?????? ???????????? ?????????? ????? ???????????? Maksudnya, "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." –

Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday385
mod_vvisit_counterYesterday737
mod_vvisit_counterThis week3485
mod_vvisit_counterLast week6394
mod_vvisit_counterThis month20648
mod_vvisit_counterLast month28733
mod_vvisit_counterAll2116277

Online (20 minutes ago): 12
Your IP: 54.156.93.60
,
Now is: 2017-09-21 15:00

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.