Politik PAS bukan sahaja lawan Umno PDF Cetak E-mail
  
Khamis, 20 April 2017 10:46

PAS bergerak di atas ‘politik sebenar’ sebagai parti dakwah yang menyeru manusia berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan menjadikan kaedah aman dan perundingan, tanpa menggadaikan prinsip Islam. Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, prinsip PAS untuk menegakkan Islam tidak berubah, mengajak manusia supaya mengikuti agama Allah. “Prinsip Islam itu mesti menjadi tunjang. Prinsip ini tidak berubah. Politik PAS bukan sahaja untuk melawan Umno tetapi PAS mengajak manusia kepada Islam supaya mengikuti segala suruhan Allah. “Politik PAS bukan sahaja mahu menjatuhkan (Umno) tetapi memberi penyelesaian kepada semua permasalahan menurut cara Islam,” jelasnya dipetik Buletin Online.

Beliau berkata demikian kepada komuniti Islam dan masyarakat Malaysia Doha, disiarkan secara langsung melalui Harap TV semalam, sempena lawatan kerja ke negara Qatar. Turut bersama beliau dalam dialog itu ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Selain itu, tegas beliau, amalan politik damai dan diplomasi PAS untuk Islam, membolekan PAS berunding dengan sesiapa sahaja termasuk kerajaan Barisan Nasional dalam usaha untuk melaksanakan Islam di Malaysia. Namun begitu, katanya usaha itu dicemburui oleh musuh-musuh PAS sehingga mereka ‘melencongkan’ pemikiran orang ramai dengan fitnah yang mengatakan bahawa PAS mahu bergabung dengan parti tersebut. “Politik damai dan diplomasi serta perundingan PAS sehingga membuka pemikiran masyarakat, kita berunding dengan kerajaan BN membolehkan RUU355 dibentangkan di parlimen oleh Presiden PAS baru-baru ini. “Tetapi dipusing kerana cemburu, sehingga membentuk persepsi yang ditanam bahawa PAS mahu bergabung dengan BN telah menjadi musuh PAS sekian lama,” kata beliau yang juga Adun Bukit Payong. Justeru itu, kata beliau, PAS tidak menggunakan kaedah fitnah tetapi membawa sesuatu dengah hujah untuk menonjolkan dirinya.

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday852
mod_vvisit_counterYesterday1119
mod_vvisit_counterThis week3880
mod_vvisit_counterLast week7426
mod_vvisit_counterThis month25231
mod_vvisit_counterLast month34018
mod_vvisit_counterAll2061373

Online (20 minutes ago): 11
Your IP: 54.225.26.44
,
Now is: 2017-07-26 22:36

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.