Balasubramaniam malu parti PAN tolak RUU355 PDF Cetak E-mail
  
Khamis, 20 April 2017 10:41

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mempertahankan larangan meniaga sementara pada waktu Maghrib yang dperluas ke seluruh Kelantan. Ketuanya N Balasubramaniam berkata peniaga bukan Islam tiada masalah kerana ia hanya untuk tempoh tidak lebih 15 minit. "Sebenarnya apa yang diumumkan Kerajaan Negeri Kelantan itu tertakluk kepada pasar malam sahaja yang kebanyakan mereka adalah peniaga Melayu-Islam. “Arahan tutup itu juga hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja supaya peniaga Muslim dapat menunaikan solat mereka,” katanya. Menjawab soalan Malaysiakini hari ini, Balasubramaniam juga berkata kerajaan negeri hanya “mengikut cara Islam”. “Malah, setakat ini ia diterima baik dan tidak ada masalah dari bukan Islam," kata Balasubramanian. Kelantan sebelum ini mengarahkan semua peniaga, termasuk bukan Islam menghentikan operasi ketika Maghrib bagi memberi laluan kepada waktu sembahyang yang singkat. Dasar tersebut telah dimulakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, sebelum diperluaskan kepada semua pihak berkuasa tempatan di negeri itu, tahun lalu. Bagaimanapun, dasar itu dipertikaikan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa kerana peniaga bukan Islam tidak perlu menunaikan solat Maghrib. Beliau mendakwa kerajaan Kelantan sebenarnya tiada agenda untuk memajukan rakyat dan terpaksa mencari perkara kecil untuk “nampak Islamik”. Bekas menteri Umno yang kini bersama DAP Datuk Zaid Ibrahim pula berkata larangan itu tidak sah dan mahu mencabarnya di mahkamah. Mengulas lanjut, Balasubramaniam berkata pertikaian Husam itu sengaja dibuat. "Sengaja timbulkan masalah, dulu sewaktu sama-sama berlayar (dalam parti PAS) tak ada masalah, tapi sekarang semuanya tak betul," kata Balasubramaniam

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday218
mod_vvisit_counterYesterday1217
mod_vvisit_counterThis week4977
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month21609
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2175680

Online (20 minutes ago): 22
Your IP: 54.167.253.186
,
Now is: 2017-11-23 04:24

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.