Parti baharu: PAS tidak akan naik bahtera kelam kabut PDF Cetak E-mail
  
Sabtu, 16 Julai 2016 23:01



MARANG: PAS akan mengkaji secara teliti cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berhasrat menubuhkan parti politik baharu.

Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak akan bersama dengan ??bahtera?? yang kelam kabut.

Menurutnya, PAS tidak akan terburu-buru dan akan berbincang secara terperinci melalui Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Jawatankuasa Politik dan Majlis Syura Ulamak (MSU).

??Saya kena baca secara teliti cadangan itu. Saya tengok awal-awal lagi sudah dalam keadaan yang kelam kabut. PAS tidak akan naik ??bahtera?? yang kelam kabut.

??Apatah lagi kita dapati kerjasama dengan parti-parti yang menentang perjuangan kita, menentang Islam.

??Pendirian kita adalah mengikut sempadan parti kita. Kita tak terburu-buru dan kita akan bincang secara terperinci.

??PAS ada Jawatankuasa Politik, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak. Jawatankuasa PAS Pusat itu secara umum, Jawatankuasa Politik itu dari segi strategi, Majlis Syura Ulamak pula melihat batas sempadan Islam,?? ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wakil media selepas menyampaian Kuliah Mingguan Pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hari ini.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan cadangan mana-mana pihak menubuhkan parti politik dibenarkan dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

??Tubuh parti baharu ini hak masing-masing dalam negara demokrasi, termasuklah jika kerajaan benar parti komunis pun boleh tubuh, jika kerajaan benar parti Komunis tetapi diluluskan oleh kerajaanlah.

??Kita tidak boleh halang dari segi kitanya, kita bekerjasama mengikut sempadan kitalah. Kerjasama dalam perkara yang adil, perubahan yang baik.

??Jangan sentuh Islam. Dasar PAS, matlamat perjuangan PAS, agenda perjuangan PAS jangan disentuh. Itu jika ada orang cuba halang kita akan lawan termasuk Umno ke, DAP ke, PKR ke, Tun Mahathir ke siapa? Itu sempadan dia,?? tegasnya.

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday72
mod_vvisit_counterYesterday1261
mod_vvisit_counterThis week3614
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month20246
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2174317

Online (20 minutes ago): 20
Your IP: 23.20.162.200
,
Now is: 2017-11-22 01:28

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.