Kor Ming alih perhatian kes rasuah pemimpin DAP PDF Cetak E-mail
  
Isnin, 11 Julai 2016 12:19


KUALA LUMPUR 10 Julai - Kekecohan dan ketegangan sentimen perkauman yang ditimbulkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dilihat bertujuan untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kes rasuah melibatkan pemimpin DAP.

Presiden Jaringan Melayu Ma?laysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan dangkal Kor Ming bermain isu perkauman demi kepentingan politik adalah langkah yang salah dan telah mengundang kebencian semua kaum terhadap parti itu.

"Jika pemimpin Melayu mengeluarkan kenyataan untuk melin?dungi kaum Melayu tanpa menyentuh kaum lain sudah tentu dituduh rasis dan ektremis kaum, tetapi mereka lebih melampau.

"Dalam pelbagai perkara yang boleh dijadikan isu, saya pelik mengapa beliau mahu menyentuh agama dan kaum yang merupakan isu sensitif untuk mengalihkan pandangan orang lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sele?pas Kor Ming memuat naik gambar tertera bendera Amerika Sya?rikat dan rumah api untuk mengucapkan selamat hari raya kepada penduduk Islam negara ini di laman Facebooknya 5 Julai lalu, Kor Ming sekali lagi cetus kontroversi de?ngan muat naik gambar ka?rikatur umat Islam me?minta derma dedak daripada UMNO.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat berkata, keangkuhan pemimpin DAP itu yang mempermainkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang merupakan hari kebesaran bagi umat Islam adalah satu tindakan yang tidak dapat diterima.

"Semua agama termasuk Kristian tidak mengajar umatnya melakukan kejahatan lebih-lebih lagi yang melibatkan pergaduhan. Dalam kes beliau menghina Aidilfitri ini, kita dapat lihat kaum Cina dan India juga melahirkan rasa kesal dan marah kepadanya," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, isu penghinaan sudah menjadi semakin serius kerana ada pe?mimpin yang seolah-olah menggugat Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan beragama.

"Aidilfitri adalah antara elemen keagamaan umat Islam dan merupakan medium bermaaf-bermaafan, te?tapi pemimpin yang tidak matang ini muncul menimbulkan provokasi dan mempolitikkan perkara itu," ujarnya.

Bagi penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Ismail Sualman pula, tindakan Kor Ming itu sengaja direka untuk mewujudkan ??ha?voc' dan sudah pasti mempunyai agenda tersendiri bagi meraih perhatian masyarakat.

"Kita pasti Kor Ming faham tentang sensitiviti masyarakat tetapi beliau sengaja lakukan semua itu untuk tunjukkan bahawa DAP masih relevan dengan cuba me?nimbulkan polemik," kata?nya

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday71
mod_vvisit_counterYesterday1261
mod_vvisit_counterThis week3613
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month20245
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2174316

Online (20 minutes ago): 19
Your IP: 23.20.162.200
,
Now is: 2017-11-22 01:28

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.