DAP nak ajar umat Islam cara berugama yang betul PDF Cetak E-mail
  
Selasa, 14 Jun 2016 09:01

Assalamualaikum,,

Setelah membaca apa yang Prof Redzuan Tee Abdullah tulis pasal DAP atau ultra kaisu yang semakin biadap nak mengajar orang Islam cara berugama sehingga turut mencetuskan kesedaran dalam diri Prof Redzuan Tee Abdullah untuk menulis mengenainya dan juga respon dari parti parti politik Cina yang lain seperti MCA yang seakan akan setuju dengan ultra kaisu.

Saya sudah lama perasan perangai DAP yang mahu jadi boss kepada semua rakyat di bawah prinsip perjuangannya Malaysia Malaysian yang kali pertama saya dengar dari mulut mendiang P.Patto ketika berdebat di DTC, UM sewaktu masih bergelar mahasiswa.Peluang diperolehi oleh DAP dengan terbentuknya pakatan pembangkang atau PR yang diilhamkan oleh TGHH dengan seruan mari kita berpakat berdasarkan persamaan yang ada sambil perbezaan kita ketepikan dulu.Setelah merasakan diri mereka semakin kuat, DAP sedkit demi sedikit menunjukkan belangnya dan dalam masa yang sama berjaya mempengaruhi sejumlah pemimpin Islam dalam PAS untuk turut menyokong mereka.Sokongan yang tak berbelah bagi sehingga tertubuhnya sebuah parti serpihan dari PAS yang dikenali sebagai parti amanan negara.Walaupun tahap amanah sebenar di kalangan pemimpin mereka boleh dinilai dengan tindakan mereka tetapi sokongan kepada DAP sudah dinyatakan dengan jelas, mewakili parti Islam yang menyokong usaha DAP menerusi prinsip Malaysia Malaysian untuk menentukan bagaimana orang Islam mesti berugama.

Kita mendengar sebelum ini upacara makan setalam antara gadis dengan pemuda kafirun yang ajnabi dan upacara ini disebut oleh penganjurnya, DAP adalah sunnah yang sebenar yang mesti diamalkan oleh orang Islam.PAN sebagai penyokong mereka hanya berdiam diri melihat sahaja malah mungkin juga mengiyakan promosi DAP kepada umat Islam ini.

Kemudian kita juga mendengar upacara memegang anjing yang mungkin DAP tidak terlibat secara langsung tetapi tetap turut menyokong upacara ini kerana inilah umat Islam yang nak DAP lahirkan setelah mereka menguasai Putra Jaya.

Maka tidak hairanlah mereka menentang dengan cukup kuat RUU pindaan akta 355 sehingag pada tahap LKS mewakili suara DAP boleh memberitahu umat Islam bahawa akta ini dan enakment Hudud Kelantan adalah undang undang ciptaan manusia bukan hukum ALLAH yang mesti ditentang kerana ianya dibawa oleh PAS.

Hakikatnya bukan PAS yang ditentang DAP tetapi Islam.Islamlah yang mahu DAP ubah supaya Islam versi DAP akan menjadi amalan umat Islam Malaysia.Hal ini juga disedari oleh Prof Redzuan Tee, seorang Cina yang menukar akidah kepada Islam, tapi malang sekali ramai lagi Islam dari keturunan melayu terutama yang masih menjadi ahli DAP dan yang berada dalam PAN yang tidak sedar atau sedar tetapi setuju mahu mengubah carahidup Islam kepada yang dibawa oleh DAP.

Sudah banyak kali juga kita cuba mengingatkan mereka mereka yang masih mahu menyokong DAP merealisasikan agenda mereka ?tetapi tetap masih ada yang tidak bersedia mendengar peringatan kita.Mereka lebih berminat mendengar LKS daan LGE sehingga ada yang sanggup menghina ulamak sendiri.

Apapun bagi majoriti umat Islam di Malaysia, seruan untuk bersatu perlu disahut segera, bersatu dengan tali ALLAH bukan bersatu dengan PAS atau UMNO.Masing masing masih boleh bebas memilih parti yang nak dikuti tetapi apabila sampai kepada perintah Islam, seharusnya kembali kepada Islam.Yang jadi ahli Umno umpamanya, perlakuan dan tindakan pemimpin Umno yang tidak Islamik, perlu ditentang dan pemimpin begini wajar diturunkan.Pemimpin yang mendekati Islam sahaja yang perlu dinaikkan.Begitu juga dengan PAS, semuanya perlu mengikuti panduan Islam tak kira apa yang kem DAP dakwa dan kita kena ingat DAP hanya mahu mengubah cara kita berugama, Bak kata Prof Redzuan Tee,jangan biar Islam dipijak......

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday71
mod_vvisit_counterYesterday1261
mod_vvisit_counterThis week3613
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month20245
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2174316

Online (20 minutes ago): 19
Your IP: 23.20.162.200
,
Now is: 2017-11-22 01:27

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.