Kalau biar BN menang PRK maknanya Rakyat Setuju dengan Tindakan BN PDF Cetak E-mail
  
Selasa, 14 Jun 2016 08:51

?

SUNGAI LIMAU - Calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar perlu ditolak demi kepentingan rakyat di seluruh negara.

Pengarah PRK Pas Sungai Besar, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, sekiranya pengundi memberi kemenangan besar kepada BN, maka parti berkenaan akan menganggap seolah-olah rakyat telah memaafkan segala kesalahan mereka sebelum ini.

"PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar boleh dianggap sebagai satu referendum terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami bimbang BN akan menganggap isu-isu seperti 1Malaysia Development Berhad(1MDB), RM2.6 bilion dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah dapat diterima rakyat," katanya pada sidang media yang berlangsung di Markas Pas Sungai Limau, hari ini.

Oleh sebab demikian, Iskandar berkata, pelaksanaan GST yang membebankan rakyat bukan sahaja akan diteruskan namun kadarnya juga boleh dinaikkan selepas ini.

Beliau berkata, dengan kadar 6 peratus GST pada masa kini, BN akan menganggap rakyat memberi sokongan padu dan menerima pelaksanaan cukai berkenaan.

"Di negara-negara lain seperti Indonesia dan Vietnam, pelaksanaan GST disana telah mencapai 10 peratus manakala Filipina pula sebanyak 12 peratus.

"Petani-petani akan terbeban tambahan pula racun juga turut kena bayar GST," katanya.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga merupakan Naib Presiden Pas memaklumkan bahawa sekiranya pengundi tidak memberi isyarat keras kepada BN, ia akan memberi malapetaka bukan sahaja untuk penduduk Sungai Besar dan Kuala Kangsar malah turut melibatkan rakyat di seluruh negara.

Tambah beliau, ramai pemimpin-pemimpin Pas telah merengkok dalam tahanan malah turut terkorban dalam usaha bagi mempertahankan kebenaran.

"Kami (Pas) tegaskan sekali bahawa kemenangan BN adalah malapetaka bagi rakyat dan jangan korbankan masa depan kita,"katanya

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 14 Jun 2016 08:52 )
 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday210
mod_vvisit_counterYesterday798
mod_vvisit_counterThis week1931
mod_vvisit_counterLast week6961
mod_vvisit_counterThis month18728
mod_vvisit_counterLast month47089
mod_vvisit_counterAll2383340

Online (20 minutes ago): 19
Your IP: 54.224.91.246
,
Now is: 2018-06-19 05:19

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2018 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.