'Tafsir A-Quran Bekas MB Terengganu' PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 13 Mei 2016 09:58


Catatan Santai Ibnu Hasyim

MANA ada pemimpin politik di Malaysia yang habis mengajar tafsir kepada orang-orang kampung sehingga khatam sebuah Al-Quran? Apa lagi pemimpin itu pernah menjadi Menteri atau Menteri Besar sebuah negeri, kecuali pemimpin-pemimpin PAS?


Contohnya ialah Allahyarham Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bekas MB Kelantan dan bekas MB Terengganu Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Katakan kalau tafsir-tafsir mereka itu siap dibukukan sepenuhnya, mungkin tafsir itu akan menjadi tafsir pertama di dunia ditulis oleh seorang pemimpin politik atau Menteri Besar bagi sesebuah negeri!


Presiden PAS sebelumnya, Allahyarham Tuan Hj Yusuf Ar-Rawa dan Allahyarham Ustaz Fadzil Muhammad Nor juga ada mengajar tafsir, tetapi belum sempat siap dan dibukukan, mereka sudah meninggal dunia. Kecuali Hj Yusuf Rawa menjadi penulis tafsir Juz Amma pertama dalam bahasa Melayu di Malaysia, yang diterbitkan oleh penerbit Hj Muhammad Nordin Ar-rawi, Pulau Pinang.


Semasa hidup Hj Yusuf Rawa, saya sendiri terlibat dalam menguruskan pengajian tafsir Al-Quran Tuan Haji Yusuf Rawa, di markas PAS Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang, di awal-awal 1980an.



Di zaman pemerintahan Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman pun lahir sebuah tafsir 'Pimpinan Ar-Rahman' keluaran JPM Malaysia, tetapi ditafsir oleh Hj Abdullah Basmeh, yang bukan ditafsir oleh Tunku Abdul Rahman sendiri.

Tafsir Bekas MB Terengganu Pertama Di Malaysia.


Kini, saya harap dan berdoa semoga anak Tuan Guru Hj Hadi,?Muhammad Khalil Abdul Hadi mampu menyiapkan himpunan lengkap tafsirnya nanti seperti dijanjikan, insyaallah. Akan menjadi bahan sejarah apabila lahir 'Tafsir Bekas MB Terengganu' yang pertama di Malaysia, atau oleh pemimpin politik Islam yang memimpin sebuah negeri pertama di dunia.


Diharap 'Tafsir MB Kelantan' pun begitu.


Jom kita lihat sejarah wujudnya kelas atau pusat pengajian Islam di Masjid Rusila, Terengganu seperti yang ditulis oleh anaknya??Muhammad Khalil..


"Majlis ilmu di Masjid Rusila bermula semenjak daripada moyang saya, almarhum Tuan Guru Hj Abdul Rahman yang membuka pondok setelah kembali menuntut ilmu dari Pattani. Setelah itu ianya diteruskan oleh anaknya almarhum Tuan Guru Hj Awang Muhammad iaitu ayah kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi.


"Pada tahun 1975? datuk saya meninggal dunia dan majlis ilmu ini diteruskan oleh ayahanda Tuan Guru sekembalinya dari Madinah dan Mesir pada tahun 1976 sehinggalah sekarang.


"Ayahanda Tuan Guru sangat istiqamah dengan kuliyahnya dan tidak pernah meninggalkannya kecuali jika sekiranya ada tugas-tugas penting di luar negara. Hatta ketika pembentangan bajet di parlimen yang kebiasaannya dibuat pada hari Jumaat; beliau tidak menghadirinya kerana mengutamakan kuliyah pagi Jumaatnya.


"Saya berfikir barangkali dalam benaknya; lebih baik menyampaikan ilmu kepada orang kampung daripada hanya mendengar pembentangan daripada pemerintah. Walaupun begitu beliau mengikutinya secara live dan membuat catitan untuk sesi perbahasan berikutnya." Jelas Muhammad Khalil.


Menurut Muhammad Khalil, individu yang paling lama menuntut di kuliah tersebut dan masih lagi hidup lagi, ialah Pak De Mud dari Kampung Ru Dua. Beliau menadah kitab-kitab di Masjid Rusila sejak daripada zaman moyangnya almarhum Tuan Guru Hi Abdul Rahman lagi. Barangkali umurnya sekarang sudah melebihi 100 tahun.

Saya (Ibnu Hasyim) mula menjejakkan kaki di Masjid Rusila kira awal tahun 1980an. Saya pergi seorang diri, dan bertemu dengan kumpulan Universiti dari Kuala Lumpur, dibawa jumpa Ustaz Hadi dan diberi peluang bersoal jawab. Dibawa berziarah makan-makan di rumah Daud Samad bekas Menteri Besar PAS Terengganu yang pertama. Dan juga.. mendengar kuliah.


Semasa solat Jumaat, ia meninggalkan kenangan manis buat saya. Saya solat di luar masjid, tepi longkang, sehingga rambut saya lekat pasir. Kerana masjid yang sedang dibesarkan dan belum siap itu sudah penuh. Saya lihat Ustaz Hadi sedang berkhutbah dengan muka yang garang bersemangat, tangannya menghentakkan tongkat pada bab-bab tertentu semasa berkhutbah.


Hari ini,?6 Sya'ban 1437 bersamaan 13 Mei 2016 sedang diadakan Majlis Khatam Tafsir Al-Qurqan kali kedua di masjid itu. Kali?pertama pada tahun 1996.?Semoga berjalan lancar. Al-hamdulillah!

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday71
mod_vvisit_counterYesterday1261
mod_vvisit_counterThis week3613
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month20245
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2174316

Online (20 minutes ago): 19
Your IP: 23.20.162.200
,
Now is: 2017-11-22 01:28

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.