Jentera tempatan lonjak kemenangan PAS PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 04 Mei 2016 20:27

KUCHING: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menaruh keyakinan tinggi bahawa penerimaan rakyat terhadap PAS bakal meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.?

Ini kerana, katanya pada pilihan raya kali ini PAS mempunyai ramai petugas parti dalam kalangan anak tempatan.
Menurutnya, gerak kerja kempen jentera pilihan raya parti berjalan dengan baik serta menunjukkan perkembangan positif rakyat.??Malam ini kami mendengar laporan terakhir daripada Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak. Persiapan terakhir sebelum pilihan raya pada hari Sabtu, 7 Mei ini.?


Dari segi gerak kerja jentera pilihan raya dan perjalanan kempen parti, Alhamdulillah berjalan dengan baik dan perkembangan sangat positif.Ini kerana, kita telah kali ketiga pilihan raya di Sarawak ini. Kita dapati kita telah mencapai kemajuan lebih daripada pilihan raya yang lalu.

Apa yang pentingnya, kita (PAS) mempunyai petugas-petugas, anak-anak tempatan dengan jumlah yang lebih besar dari sebelumnya,?? ujarnya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak, di sini, malam tadi.Ahli Parlimen Marang itu menambah, perkembangan positif PAS pada kempen pilihan raya kali ini bakal meraih kemenangan kelak.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata PAS bakal meraih kemenangan di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sarawak.

Justeru, kata beliau PAS akan mempertingkatkan kempen parti bagi mendekati para rakyat hingga hari mengundi.Alhamdulillah, dengan kemajuan kita telah meningkat dari segi persiapan yang telah kita buat dan kemajuan yang telah kita capai. Walaupun masih ada beberapa perkara yang perlu kita selesaikan.
Ini telah memberi gambaran yang positif untuk kita capai sebagai kemenangan di Sarawak. Kemenangan yang pertama dan itu bukan satu Dun, mungkin dua Dun, tiga Dun atau lebih lagi.Berdasarkan keputusan yang kita ambil dan mengarahkan supaya peningkatan itu akan terus dilakukan dan sehinggalah kita akan mencapai pada hari mengundi,?? jelasnyaHadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS selaku Pengarah PRN Sarawak, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 04 Mei 2016 20:29 )
 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday71
mod_vvisit_counterYesterday1261
mod_vvisit_counterThis week3613
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month20245
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2174316

Online (20 minutes ago): 19
Your IP: 23.20.162.200
,
Now is: 2017-11-22 01:27

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.