Apa Perlu Kerjasama Parti Amanah dengan PAS Kelantan PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 04 Mei 2016 09:16

1. Pemuda PAS Kelantan merasa hairan dan pelik dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan berhubung cadangan mereka untuk berunding dan bekerjasama dengan PAS kerana "Rela PAS Kekal" di Kelantan termasuklah juga mencadangkan Nik Omar sebagai MB Negeri Kelantan yang akan datang.

2. Jika pada awal dahulu mereka pernah menyebut bahawa Kelantan tidak akan "diusik" dan diganggu oleh Parti Amanah sewaktu awal-awal Amanah dilancarkan di negeri ini. Selang beberapa ketika Amanah mengumumkan pula bahawa mereka bersedia menggantikan PAS di Kelantan sebagai kerajaan. Dan selepas hampir setahun kewujudan parti serpihan ini, mereka membuat "pusingan U" yang memeningkan ahli mereka sendiri dengan menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan PAS.

3. Apalah untungnya bekerjasama dengan parti yang disebut oleh Pengerusi Amanah Kelantan ini sebagai sebuah parti yang cukup rosak hingga sudah tidak boleh dibaiki lagi ( beyond repair). Dan apa perlunya parti tuan yang mulus itu mahu berbincang dengan parti kami yang tuan tuduh sudah bekerjasama dengan UMNO, menjadi penasihat kepada UMNO dan parti yang tidak "mahu sumbat gol".

4. Kenyataan yang menyebut bahawa ahli-ahli bawahan pening dengan setiap tindakan dan perkataan serta perbuatan Tuan Guru Presiden juga amat tidak tepat. Para ahli yang istiqamah dan jelas dengan hala tuju perjuangan sudah pasti akan memahami dengan setiap strategi yang dimainkan oleh kepimpinan tertinggi parti. Hanya golongan yang sengaja tidak mahu faham dan bertindak mengikut emosi sahaja yang menimbulkan keraguan dan perasaan was-was kepada pimpinan utama parti. Itupun mereka telah keluar dan menubuhkan parti baru yang diyakini mereka mampu membawa aspirasi kumpulan mereka.

5. Dan sekiranya benar tuan masih menghormati YAB Dato' Menteri Besar dan YB Dato' Timbalan Menteri Besar, kami cadangkan agar tuan memperkuatkan kerajaan sedia ada ini dengan tidak meletakkan apa-apa calon di mana-mana kerusi pun di negeri Kelantan yang kita kasihi ini. Namun jika apa yang berada di bibir tuan semata-mata untuk memaniskan bicara sahaja, maka kami nasihatkan, berhentilah. Usah dikusutkan lagi fikiran rakyat negeri ini dengan perkara yang pelik dan ajaib.

6. Cukuplah hanya UMNO untuk mengkritik dan menerjah setiap kerja buat kerajaan negeri. Biarlah tugas untuk semak dan seimbang dimainkan oleh mereka. Janganlah pula ada parti lain yang lebih UMNO daripada UMNO.

7. Budi dan jasa tuan tinggi melangit di mata rakyat Kelantan. Pernah dahulu tuan menjadi antara arkitek terkenal dalam membina negeri Serambi Mekah ini. Jadi besarlah harapan kami agar parti tuan boleh menjadi penguat kepada penerusan kerajaan Islam ini. Elakkan daripada parti tuan dikenang sebagai peruntuh kepada sebuah legasi kecemerlangan yang dibina sejak sekian lama.

8. Namun jika parti tuan terus berkeras untuk bertanding di Kelantan dan mahu menamakan mana-mana individu sebagai bakal calon Menteri Besar, maka kami cadangkan kerusi Salor untuk ditandingi oleh parti tuan, dengan calon yang dimahukan, dalam usaha berdepan dengan Parti Islam Semalaysia (PAS). Insyaallah kami sedia PERTAHANkan setiap inci tanah bertuah ini.

9. Namun jika menamakan Ustaz Nik Omar sebagai calon pilihanraya, maka eloklah tuan bertanya tuan empunya diri dahulu. Air muka dan maruah mereka harus dijaga. Jangan terlalu cepat dan mudah mencadang seperti setiap orang akan mengikuti telahan dan kemahuan kita. Cukup-cukuplah menggunakan nama Ustaz Nik Omar. Dahulu tuan isytiharkan beliau menyertai Amanah, tetapi ia tidak benar pun. Hentikanlah.

Nazman Che Iberahim,?
Ketua Penerangan?
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday71
mod_vvisit_counterYesterday1261
mod_vvisit_counterThis week3613
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month20245
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2174316

Online (20 minutes ago): 19
Your IP: 23.20.162.200
,
Now is: 2017-11-22 01:27

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.