RAMAI ASKAR AMERIKA BUNUH DIRI.. PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 08 April 2016 21:59

Washington: Taraf bunuh diri di kalangan anggota tentera Amerika Syarikat terus meningkat tinggi. Tahun lepas tahun 2015, hampir 500 kakitangan aktif dan cadangan dalam tentera AS dilaporkan telah membunuh diri.

Dalam laporan terbarunya seperti dilapor News.com.au, Rabu (6/4/2016), Jabatan Pertahanan AS alias Pentagon menyebutkan bahawa 265 tentera yang aktif bertugas di Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan Kor Marin bunuh diri pada tahun 2015.

Adapun di kalangan tentera cadangan, tercatat 210 kes bunuh diri tahun lalu. Sebelumnya pada tahun 2011, tercatat sebanyak 145 kes bunuh diri di kalangan tentera. Sejak itu jumlah kes bunuh diri terus meningkat sehingga pada tahun 2012, jumlahnya mencapai 321 kes.

"Mengurangkan risiko bunuh diri memerlukan iklim yang mendorong para anggota tentera untuk mencari bantuan, mengurangkan akses kepada alat-alat mematikan dan memperluaskan komunikasi dan kesedaran para anggota tentera dan keluarga mereka," kata jurucakap Pentagon, Hermes Gabrielle.

Menurut Pentagon, peningkatan kes bunuh diri di militer sebahagian besar terjadi di Angkatan Darat, di mana 120 kes bunuh diri dilaporkan tahun 2015 lalu, angka yang sama pada tahun 2013 dan 124 kes pada tahun 2014.

Tingkat bunuh diri di Angkatan Darat pada tahun 2012 hampir mencapai 30 kes bunuh diri bagi setiap 100,000 tentera, jauh di atas tahap nasional sebanyak 12.5 per 100,000 pada tahun 2012.

Penglibatan tentera AS yang terus-menerus dalam perang di negara-negara lain dan kurangnya rawatan yang mencukupi untuk para veteran yang pulang ke AS, kerap disebut sebagai sebab utama peningkatan kes bunuh diri tersebut.
 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday71
mod_vvisit_counterYesterday1261
mod_vvisit_counterThis week3613
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month20245
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2174316

Online (20 minutes ago): 19
Your IP: 23.20.162.200
,
Now is: 2017-11-22 01:28

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.