JAWABLAH GENG !! LUTUT SUDAH KETAR KE ? PDF Cetak E-mail
  
Sabtu, 19 Mac 2016 12:12

Assalamualaikum,

Beberapa bulan dulu, kumpulan anak muda progresif tampil dengan gahnya membuat lapuran SPRM mengenai rasuah pemimpin kerajaan kelantan dari PAS dan seketika isu rasuah ini hangat diputarkan oleh macai macai PAN.Kemudian isu ini terhenti sehingga SPRM sendiripun tidak mengambil apa apa tindakan dan didiamkan begitu saja, entah di mana anak muda yang mendakwa sekarang ini.Tiba tiba tanpa angin, tanpa ribut muncul pula isu yang lebih menarik, kali ini melibatkan pemimpin tertinggi PH dari DAP yang memimpin kerajaan Penang.Dakwaan rasuah LGE pula memenuhi ruang udara negara sekarang ini dan dihangatkan dengan lapuran polis , kemudiannya SPRM sesudah isu itu dibangkitkan di Parlimen.Tidak ada lagi anak muda yang progresif yang sentiasa berusaha membenteras jenayah pimpinan Chegu Bard yang terlibat dengan kes terbaru LGE ini, begitu juga macai macai PAN terkunci mulut mereka tidak seperti ketika isu rasuah pemimpin kerajaan Kelantan dari PAS dulu.

Kenapa tiada tindakan dari SPRM dalam kes rasuah di Kelantan dan kenapa suara anak muda juga sudah hilang sedangkan mereka pernah mendakwa ada dokumen yang boleh membuktikan rasuah pemimpin kerajaan Kelantan dari PAS ini.Kalau betul sudah ada bukti mengapa SPRM tidak bertindak dan kenapa anak muda tidak mendesak SPRM agar mengambil tindakan? Itu isunya yang hendak dibangkitkan samaada benarkah berlaku rasuah dalam pentadbiran kerajaan kelantan atau sengaja diadakan adakan oleh anak muda serta macai PAN? Mungkin ada macai PAN boleh jawab.

Sementara masih terlalu awal untuk mengatakan LGE terlibat dengan rasuah walaupun isu pembelian rumah pada harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran menampakkan ada yang tidak kena.Pembelian ini pula bukan ?boleh diada adakan seperti isu balak di Kelantan sebab kalau ianya tidak berlaku tak mungkin orang yang membangkitkannya sanggup membangkitkan sesuatu yang tidak ada dan pihak yang membangkitkannya pula terdiri dari golongan yang berbeza beza.Jadi kalau lebih dari seorang dari latarbelakang yang berbeza membangkitkannya, ada sebab untuk percaya dengan ceritanya.

Cuma samaada ada kes rasuah atau tidak masih perlu dibuktikan dan dengan lapuran sudah dibuat maka SPRM tidak seharusnya mendiamkan diri lagi.Rakyat perlu tahu sekarang ini bagi menentukan sejauhmana apa yang diperkatakan LGE dan DAP tentang ketelusan serta DAP benar benar parti yang berjuang untuk kebajikan rakyat atau parti yang masuk poket sendiri seperti Umno juga.

Tiada pilihan rasanya untuk SPRM dari menjadi pengadil rakyat. SPRM tidak harus berdiam seperti kes lapuran rasuah di Kelantan malah sepatutnya SPRM mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan siasatan kes rasuah kelantan.

Seperti biasa, ada suara yang mengesyaki serangan Kepada LGE sekarang ini merupakan serangan balas Najib tetapi fakta pembelian rumah itu tidak boleh dinafikan.Samada ianya serangan balas Najib atau tidak kebenaran mengenainya mesti dibuktikan, SPRM diharapkan.

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday66
mod_vvisit_counterYesterday1261
mod_vvisit_counterThis week3608
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month20240
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2174311

Online (20 minutes ago): 16
Your IP: 23.20.162.200
,
Now is: 2017-11-22 01:26

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.