DAHLAH TAK MEMBANTU...MENGHALANG PULAK !! PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 18 Mac 2016 18:07

SHAH ALAM - ??Hairan, setelah tidak membantu untuk memartabatkan undang-undang syariah, ada yang sibuk pula untuk menjadi penghalang.??

Demikian reaksi sinis Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari terhadap kenyataan terbaharu dibuat pihak tertentu mengenai hudud.

Menurutnya, di Kelantan Pas sudah mentadbir lebih 25 tahun dan memohon untuk diberikan hak dilaksanakan undang-undang Islam berkenaan di negeri itu namun ada pihak yang mendakwa suasana masih belum kondusif.

??Soalnya, bilakah tibanya suasana kondusif itu? Perjuangan kerajaan Kelantan ialah mengkanunkan undang-undang tersebut. Langkah pertama ialah dengan melakukan perubahan ke atas Akta 355 yang menyekat kuasa Mahkamah Syariah.

??Jika enakmen yang Kelantan luluskan ada kecacatan, perkatakan. Kenapa sibuk mempersoalkan tidak kondusifnya suasana untuk melaksanakan undang-undang syariah? Sedangkan boleh sahaja tenaga dihulur untuk turut membantu menjadikan suasana lebih kondusif,?? katanya menerusi laman Facebook, semalam.

Dipercayai kenyataan beliau ini merujuk kepada kemas kini status Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyebut dahulu beliau pernah mengeluarkan pendapat agar syarat pelaksanaan hudud hendaklah diwujudkan dalam suasana yang kondusif.

Mohd Asri semalam mengulas soal sebuah video yang dimuat naik bertajuk ??Pas, Ikatan Setuju Tangguh Hudud?? yang menunjukkan kenyataan pemimpin Pas dan Ikatan tentang hudud yang dirakam ketika sidang media pengumuman pembentukan blok politik ketiga, semalam.

Mengulas soal video tersebut, Ahmad Fadhli berkata, dalam video tersebut tiada kenyataan daripada pimpinan Pas bahawa hudud ditangguhkan.

??Bahkan ia hanya penegasan bahawa daripada pimpinan Pas bahawa hudud akan dilaksanakan dengan beransur-ansur. Bukannya (laksana) pagi esok selepas Pas memenangi pilihan raya umum.

??Jika perkataan tangguh itu keluar daripada pimpinan selain pimpinan Pas di dalam sidang media yang sama, tidak adil ia turut dilumurkan kepada Pas apatah lagi konteks perkataan itu ialah dalam rangka 'bersetuju dengan hudud sebagai seorang Muslim',?? katanya.

Tambahnya, ??adakah sebelum ini ada pimpinan Pas mendakwa bahawa hudud akan dilaksanakan serta merta jika Pas menang? Jika tidak, maka di atas butir mana tuan berhujah???

Melalui video itu, Presiden Ikatan menyebut bahawa sebagai orang Islam kita perlu menerima hukum hudud namun dalam Islam, ada keadaan-keadaan tertentu di mana lebih elok jika ia ditangguhkan maka ia perlu ditangguhkan seketika kerana pada akhirnya nanti rakyat yang akan menentukan pelaksanaan tersebut.

Mohd Asri dalam kenyataan di Facebook itu berkata, beliau pernah menyebut ada hal lain yang lebih utama dibandingkan hudud bagi negara seperti Malaysia.

??Walaupun beberapa tahun lepas pandangan ini dibantah, Alhamdulillah hari ini pihak berkenaan akui. Alhamdulillah, zaman kekhilafan itu telah berakhir. Politik matang mengambil tempat.

??Semua tindakan lepas diakui salah dan 'tidak matang' di sisi agama. Perlembagaan diakui dan dihormati. Bahkan lebih jauh dari itu dinyatakan 'Islam tidak menggalakkan kita menukar pemimpin'.

??Walaupun ungkapan yang akhir itu saya rasa sangat perlukan perincian dan huraian yang lebih. Tidak boleh ditelan begitu sahaja. Namun, kita akui bahawa perubahan yang besar telah berlaku dalam parti politik,?? katanya.

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday64
mod_vvisit_counterYesterday1261
mod_vvisit_counterThis week3606
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month20238
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2174309

Online (20 minutes ago): 15
Your IP: 23.20.162.200
,
Now is: 2017-11-22 01:22

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.