AMEK KAU GUAN ENG....BARU KENA BATANG HIDUNG !! PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 18 Mac 2016 17:45
Beginikah cara hidup pemimpin demokratik sosialis rakyat?

GEORGE TOWN ? Adakah Ketua Menteri Pulau Pinang yang mencabar Datuk Shabuddin Yahaya bersemuka di Komtar pada Ahad ini bagi membuktikan apa diucapkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Parlimen pada Khamis itu, hanya dalih untuk melarikan isu sahaja?
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, setelah tujuh tahun menjadi Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya sudah lama menggugurkan budaya politik jalanan samseng.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu pada Jumaat yang membuat cabaran dan mendakwa konon pembelian banglo daripada ahli perniagaan dibuat secara sah, bebas dan rela hati pada harga dipersetujui.
Setiausaha Agung DAP itu berdalih, transaksi dilakukan oleh kedua-dua pihak; ??willing buyer willing seller?? tanpa sebarang paksaan atau tekanan sehingga mampu memperoleh harga jauh lebih rendah daripada pasaran semasa.
pindahmilik
??Oleh itu, saya gesa pihak berwajib buat siasatan teliti ke atas laporan yang dibuat dan ambil tindakan selanjutnya jika didapati ada bukti salah laku atau penyalahgunaan kuasa dalam pembelian banglo oleh Guan Eng,?? katanya.
Zainal Abidin berkata, pembelian banglo di kawasan elit Jalan Pinhorn di sini oleh Guan Eng daripada seseorang yang jauh lebih murah memang perlu disiasat segera Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.
Ini berikutan sejumlah laporan kepada polis dan SPRM telah dibuat oleh beberapa individu dan NGO pada Jumaa malah kata beliau lagi, sejak 2009 memang sudah ada laporan kepada SPRM dibuat berhubung isu banglo ini.
Shabuddin dalam ucapan di Parlimen bertanyakan hubung kait penjual banglo itu kepada Guan Eng menerusi tender tanah kerajaan negeri di Jalan Zainal Abidin kepada satu syarikat swasta untuk bina hotel mewah dan hospital pada 2012.
bungalowguaneng
Dalam pada itu kata Zainal Abidin, rakyat Pulau Pinang seharusnya berasa bangga dan gembira setelah tujuh tahun menjadi Ketua Menteri, Guan Eng dapat membeli sebuah banglo pada harga amat istimewa di negeri itu.
Kata beliau, adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri yang dianggap idola itu terus menjadi seorang penyewa rumah sahaja dan tidak memiliki sebarang kediaman sendiri di George Town yang mahal kos hartanahnya.
??Saya turut gesa Kerajaan Pulau Pinang mempertingkatkan usaha menyediakan kediaman yang mampu dimiliki rakyat Pulau Pinang yang belum memiliki rumah sendiri.?Rumah tanpa kolam renang pun tak apa,?? sindirnya.
 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday64
mod_vvisit_counterYesterday1261
mod_vvisit_counterThis week3606
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month20238
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2174309

Online (20 minutes ago): 15
Your IP: 23.20.162.200
,
Now is: 2017-11-22 01:23

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.