PAS MELONJAK KE HADAPAN PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 18 Mac 2016 17:40
Suka ataupun tidak hakikatnya tumpuan masyarakat ramai khususnya orang-orang Melayu Islam hari ini adalah terhadap PAS.

Setelah rela berpisah dengan DAP demi mempertahankan prinsip dan perjuangan Islam PAS terus dipandangan dengan penuh hormat. Lebih-lebih lagi apabila ia tenang menghadapi pengkhianatan dari mereka yang berjuang untuk agenda peribadi masing-masing PAS dilihat sebagai sebuah parti Islam yang matang dan tidak mudah goyang dan goncang walau menghadapi tekanan.

Ternyata Islam yang diamal dan diperjuangkan itu telah mematangkan PAS dan menjadi kekuatan baginya dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Ini dipersetujui oleh Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat, dari UKM apabila beliau berkata sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini:

???.perlu diingat PAS mempunyai kelebihan memandangkan parti itu tidak dibebani masalah apatah lagi mereka tidak menjalin kerjasama dengan DAP.

Ini mewujudkan persepsi terhadap orang Melayu bahawa PAS adalah harapan mereka kerana rakyat mahukan pemimpin yang baik dan mempunyai pegangan agama. Inilah kelebihan PAS dan peluang untuk mencari pengaruh??

Berbeza dengan Umno yang terpalit dengan pelbagai krisis dan masalah dalaman rakyat kelihatan mula cenderung dan berjinak dengan PAS.

Lantaran itu saya yakin dan percaya kiranya pimpinan PAS hari ini terus meneroka dimensi baru dan berjaya melompat keluar dari kekangan politik lama ketika bersama DAP dan para pengkhianat yang telah keluar parti, hati para pengundi Melayu Islam akan semakin lembut dan terbuka terhadap PAS.

Memperkasakan DHPP, ??engagement?? yang berterusan dengan pelbagai sektor masyarakat termasuklah NGO dan melalui Kongres Rakyat, menerima pakai Budaya Politik Matang dan Sejahtera, menerajui blok politik ketiga yang baru (yang bakal diumumkan sebentar nanti), adalah merupakan langkah-langkah proaktif yang akan melontarkan PAS ke hadapan sebagai parti yang terulung dan dominan dalam negara apabila meluru masuk sokongan para pengundi Melayu dan Islam selain masyarakat bukan Islam yang selesa dengannya.

PAS hari ini berada atas landasan perjuangan yang betul, dengan komitmen dan sokongan padu ahli-ahli yang istiqamah. Kebijaksanaan dan jauh bacaan politik pimpinannya akan memastikan ia sampai ke destinasi perjuangan, cepat ataupun lambat.
 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday64
mod_vvisit_counterYesterday1261
mod_vvisit_counterThis week3606
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month20238
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2174309

Online (20 minutes ago): 15
Your IP: 23.20.162.200
,
Now is: 2017-11-22 01:22

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.