Pakatan HarapanYang tiada harapan PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 24 Februari 2016 23:08

Ramai pengundi yang cenderung pembangkang memberi reaksi terhadap tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggugurkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang daripada agensi dan syarikat berkaitan kerajaan GLC di Pulau Mutiara.

Rata-ratanya setuju bahawa ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dan ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen hanya menjalankan tugas pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dalam pembentangan usul UMNO mengenai isu alam sekitar di negeri itu.

Alam sekitar adalah isu penting membabitkan rakyat Pulau Pinang dan soal politik kepartian memang tiada makna dalam perkara sebegini.

Pengundi pro pembangkang seluruh negara berpandangan, Guan Eng sepatutnya meraikan perbezaan pendapat oleh kedua-dua ADUN PKR itu dan menyemak kembali dasar kerajaan negeri, bukan balas semula dengan menggugurkan mereka.

Semua setuju tindakan Guan Eng itu menambahkan lagi ketenatan gabungan parti pembangkang yang memang sudah tenat akibat pergeseran antara DAP dengan PAS sebelum ini. Tidak terfikirkah Guan Eng akan hasrat pengundi yang menginginkan perubahan?

Untuk ke Putrajaya, mahu tidak mahu pembangkang kena berpakat dan bergabung, bukannya mencari gaduh sesama sendiri. Habis punah harapan pengundi muda yang mahu perubahan. Kalau ini caranya memang sampai bila-bila UMNO Barisan Nasional terus berkuasa. Tak payahlah pengundi harapkan apa apa.

Mahu Malaysia amalkan sistem dua parti macam Amerika Syarikat dan United Kingdom? Lupakan sahajalah kalau perangai Pakatan Rakyat atau kini Pakatan Harapan yang macam ini rupanya. Kita sudah tahu memang tiada harapan.

Lagi satu, apabila kita membaca laporan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang singkirkan Kah Peng dan Chin Wen hanya kerana dua ADUN PKR itu bersikap berkecuali semasa undian usul itu, ini menimbulkan persoalan mengenai apa bezanya sikap beliau dengan Perdana Menteri, Najib Razak?

Luahan pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam, menerusi Facebooknya mengenai persamaan Guan Eng dengan Najib tepat sekali. Saling tak tumpah sama sahaja kepemimpinan Guan Eng dengan Najib. Kebetulan pula kedua-duanya mewarisi dinasti politik hebat daripada ayahanda masing-masing.

Sejak isu pemecatan dua ADUN PKR meletus, kita ada didatangi kawan yang cenderung kepada pembangkang. Mereka yang jengkel dengan sikap DAP, meluahkan rasa kecewa dengan parti berkenaan yang ‘mengacau’ PKR. Kenapa mesti berbalah sesama rakan? soal mereka. Sekali pun tidak setuju kenapa perlu ‘diserang’?

Jelas, isu 1MDB, dana politik RM2.6 bilion dan ketidakmatangan menteri Kabinet macam Ahmad Maslan dalam memberi kenyataan tiada gunanya kalau inilah sikap DAP terhadap PAS dan PKR. Tidak bimbangkah DAP dengan kajian terbaharu Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati hampir 2/3 responden Melayu di Selangor percaya DAP ialah sebuah parti berasaskan perkauman yang hanya mementingkan komuniti Cina, manakala separuh daripada mereka percaya DAP anti-Melayu dan anti-Islam?

Sudah begini keadaannya disertai persepsi tak enak terhadap DAP, kenapa Guan Eng mesti singkirkan ADUN PKR itu daripada GLC? Sedih apabila kita melihat situasi ini kerana suatu ketika dulu kita sangat kagum dengan Guan Eng semasa beliau mula-mula ambil teraju Kerajaan Pulau Pinang. - FMT

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday404
mod_vvisit_counterYesterday1924
mod_vvisit_counterThis week2328
mod_vvisit_counterLast week11361
mod_vvisit_counterThis month29098
mod_vvisit_counterLast month24765
mod_vvisit_counterAll2304060

Online (20 minutes ago): 17
Your IP: 54.198.134.104
,
Now is: 2018-04-23 09:36

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2018 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.