Perjuangan Pas bukan sekadar ambil Putrajaya PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 24 Februari 2016 23:06

SHAH ALAM - Perjuangan Pas lebih besar dan penting daripada sekadar mengambil Putrajaya daripada penguasaan Umno-BN.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, perjuangan Pas adalah untuk menyebarkan risalah Islam, menyelamatkan ummah daripada perangkap jahiliah dan mendaulatkan syariat Islam serta meninggikan kalimah ALLAH SWT di negara ini.

“Prinsip perjuangan Pas pasti sahaja berpaksi kepada al-Quran dan As-Sunnah. Justeru itu, apa jua keputusan Pas mestilah menepati syarak. Ini adalah prinsip yang tidak boleh bertolak ansur padanya.

“Pas menolak sebarang keputusan dan tindakan yang berasaskan matlamat menghalalkan cara.

Sebaliknya hanyalah cara yang halal akan digunakan untuk mencapai matlamat perjuangan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tindakan bertunjangkan prinsip akan menyelamatkan Pas daripada situasi ‘flip flop’ ketika membuat keputusan dan tindakan.

“Ia mesti konsisten di atas prinsip Islam yang diperjuangkan meskipun dilihat sebagai tindakan yang tidak popular di kalangan pengundi mahupun parti-parti politik.

“Pas tetap akan mempertahankan prinsip-prinsip Islam atau keputusan politik yang disepakati bersama selagi tidak melewati kerangka syarak,” katanya.

Beliau mendakwa ada pihak tertentu berkata jangan tergesa-gesa untuk memperjuangkan Islam sebaliknya memburu kemenangan penting buat masa ini walau dengan apa cara sekalipun.

“Kita mesti menang dan selepas menang barulah kita boleh bercakap mengenai perlaksanaan Islam? Kalau tidak menang, bagaimana kita mahu melaksanakan Islam?

“Hujah sebegini mampu mengelirukan sebahagian daripada kita dan akhirnya lari meninggalkan Pas kerana tidak berpuas hati dengan ‘kedegilan’ Pas untuk terus bercakap mengenai Islam secara terbuka termasuk usaha untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan,” katanya.

Malah katanya, perjuangan bertemakan Asal Bukan Umno (Abu) adalah salah sebaliknya Asalkan Islam merupakan prinsip yang benar.

“Engkau terima Islam engkau selamat. Asal bukan Umno memberi maksud nasionalis pun tidak mengapa, kapitalis pun tidak mengapa, sosialis pun tidak mengapa.

“Hayati juga peringatan Baginda Rasulullah SAW. Jangan sesekali tinggalkan Islam dalam apa jua posisi kita. Memburu kepentingan politik jangan sampai melunturkan nilai pegangan dan amalan Islam,” katanya.

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday405
mod_vvisit_counterYesterday1924
mod_vvisit_counterThis week2329
mod_vvisit_counterLast week11361
mod_vvisit_counterThis month29099
mod_vvisit_counterLast month24765
mod_vvisit_counterAll2304061

Online (20 minutes ago): 18
Your IP: 54.198.134.104
,
Now is: 2018-04-23 09:37

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2018 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.