ISU PENGKHIANAT MELAYU TUTUP KELEMAHAN UMNO PDF Cetak E-mail
  
Selasa, 11 Ogos 2009 01:00
Artikel Oleh: amanlegend

"Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganggap gema dan suara tuntutan isu melayu yang sedang di dendangkan oleh Umno pada ketika ini hanyalah untuk menutup suara dan tuntutan perubahan yang di tunggu rakyat.

Selepas badai politik menghempuk Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 12, BN telah bersungguh-sungguh menutup tuntutan perubahan rakyat dengan taktik politik mundur seperti membakar sentimen perkauman dan politik fitnah.



Pelbagai kaedah termasuk perhimpunan, menggunakan masjid untuk tujuan politik tidak bermaruah dalam kes Anwar Ibrahim dan penipuan kes azan di Selangor sehingga membawa penahanan Theresa Kok semata-mata untuk mengalih permintaan rakyat agar kerajaan yang dipilih benar-benar adil, prihatin dan membela rakyat .

Disamping itu BN juga tetap meneruskan amalan politik rasuah dan sewenang-wenang menggunakan agensi kerajaan untuk menyokong jentera Umno-BN yang telah rosak dengan rasuah dan kegilaan materi. Krisis Perlembagaan di Perak dan pembentukan pejabat pembangunan persekutuan dengan hasrat jelas hanya untuk berkhidmat pada BN adalah contoh bagaimana tidak berubah dan hancurnya moral pimpinan Umno pada semua rakyat yang majoritinya Melayu.

Namun begitu jelas setelah 6 pilihanraya kecil di semenanjung rakyat masih memberikan kepercayaan kepada agenda reformasi Pakatan Rakyat dan sekaligus menolak politik durjana Barisan Nasional.

Kini setelah arus perubahan dan pendirian rakyat semakin jelas BN sekali lagi mengaitkan semua isu dalam perspektif perkauman sempit yang begitu ironi dengan setiap retorik baru Najib. Deretan isu yang tidak dijawap oleh mereka, isu pengaturan keputusan hakim, rampasan haram kerajaan Perak, kematian tahanan, akta drakonian seperti ISA dan ribuan kes rasuah termasuk komisyen hampir 1 billion ringgit yang melibatkan Najib cuba diselindungkan dengan isu hak melayu tercabar, ketuanan melayu, cina semakin berani dan kurang ajar.

Kenyataannya dalam beberapa isu orang melayu paling ramai yang menerima kesan langsung dari pendekatan buruk kerajaan BN. Setelah Najib cuba jadi juara dengan menghapuskan DEB dalam beberapa sektor pimpinan yang tiada maruah dalam Umno bertepuk gemuruh dan kini muka yang sama mahu menuding jadi orang lain pengkhianat Melayu.

AMK percaya fokus rakyat masih jelas untuk perubahan dan kita akan mempergiat usaha melakukan reformasi untuk kebaikan rakyat. Umno kini seperti sudah hilang kekuatan dan mengharap perbezaan Pakatan untuk memenangkan mereka.

YB Amirudin Shari Naib

Ketua AMK

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 11 Ogos 2009 18:24 )
 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday322
mod_vvisit_counterYesterday597
mod_vvisit_counterThis week3971
mod_vvisit_counterLast week5524
mod_vvisit_counterThis month13585
mod_vvisit_counterLast month23221
mod_vvisit_counterAll2221045

Online (20 minutes ago): 5
Your IP: 54.234.65.78
,
Now is: 2018-01-20 11:26

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2018 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.