GST - KENAIKAN HARGA BARANG DAN CUKAI KE ATAS BARANGAN YANG KITA BELI PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 18 Disember 2009 20:58

 HJ SHAMSUDIN B HJ ALI - NAIB KETUA PAS CAWANGAN CHABAU.

Kenapa rakyat dibebankan lagi dengan GST ? Selepas ini samada ahli PAS atau Umno semuanya akan kena tempias GST. Kepada ahli UMNO,fikirkanlah sokongan anda.Rasuah, penyelewengan kuasa, kronisme, nepotisme dan apa sahaja yang negatif dalam kepimpinan Malaysia akan dipandang hina oleh masyarakat. Namun apa sahaja isu sahaja yang dibangkitkan tanpa mengaitkannya dengan ekonomi, rakyat pasti akan memandang sepi isu tersebut. Penindasan yang kena pada batang tubuh sendiri pasti akan menimbulkan penentangan.

Ketika Mahathir mula memerintah negara apa sahaja perkara yang dibuat walaupun kekayaan negara digadai sehabis - habisnya namun rakyat masih lagi 
hidup selesa, bagilah 1000 Anwar Ibrahim sekali pun belum tentu dapat menggoyangkan kekuasaan yang ada ditangannya. 1998 merupakan kemarahan rakyat kerana Anwar Ibrahim yang dianggap pembela rakyat miskin dizalimi dan difitnah dengan dahsyat oleh Mahathir. Maka penentangan bermula. Manusia yang dianggap payung oleh rakyat Malaysia apabila ditindas sedemikian, maka penentangan terhadap Mahathir mula tercetus. Kerana apa? Kerana manusia hanya bangun apabila kepentingan diri sendiri itu tergugat. Bunyinya macam merendahkan martabat manusia. Tetapi itulah hakikatnya. Lihat saja gerak kerja manusia agung yakni Nabi Muhammad s.a.w, ketika mendapat perintah dari Allah s.w.t untuk memulakan dakwah agama Islam baginda menumpukan hamba abdi yang ditindas umpama haiwan oleh kaum kafir Quraisy ketika itu. Hasilnya gerak - kerja Muhammad s.a.w mendapat sokongan padu. Puncanya kerana Rasulullah s.a.w cukup bijak dalam menyebarkan dakwah kepada golongan mereka yang memerlukan perhatian akibat penindasan kejam oleh puak Jahiliyah.


Penindasan, merupakan kata kunci untuk menundukkan sesuatu rejim. Penindasan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Dari sudut penderaan fizikal sampailah poket kita berlubang (maknanya duit dah tak ada). Sekarang kita bakal melalui penindasan ekonomi. Dahulu Pak Lah punca kepada keegoan BN ditundukkan oleh rakyat akibat daripada kegilaan barangan keperluan naik mendadak. Maka dengan kebijaksanaan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat menggunakan isu tersebut untuk mendapat undi daripada rakyat Malaysia yang berada di atas pagar. Hasilnya? Bn yang selama ini terkenal dengan egonya jatuh terduduk.

Sekarang ini Bn dilihat seolah - olah tidak pandai mentadbir ekonomi negara. Kalau kita ini cerdik sudah pasti kita dapat melihat bagaimana mereka memainkan isu perkauman untuk mengelakkan pandangan rakyat daripada melihat mereka ini tidak pandai mentadbir. Lihat sahaja bagaimana mereka cuba membangkitkan kemarahan rakyat dengan isu dana yang tidak cukup untuk rumah ibadat bukan Islam. Siang malam mereka cetuskan dengan harapan orang Melayu dan bangsa lain sibuk dengan isu yang sepatutnya tidak timbul. Puncanya agar rakyat jangan cuba - cuba mengintai kelemahan mereka mentadbir negara khasnya ekonomi.

Pernahkah kita tahu, bahawa tahun depan dijangka kita akan dipaksa membayar cukai tambahan yang dipanggil GST. GST hanyalah satu istilah untuk membodohkan kita. Tujuannya supaya akta baru ini tidak menjadi punca kejatuhan mereka yang lebih teruk pada PRU yang akan datang. Najib tahu jika kita yakni rakyat mula tahu tembelang jahat dia, maka kuasa yang ada di tangan dia akan hilang. Sebab itulah dia cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan isu - isu yang remeh kerana dia yakin rakyat akan terikut sama rentak tari sumbang dia.

Jika tanya kepada aku, aku lebih suka biar akta ini berjalan ikut jadual. Orang pasti kata gila, ya memang gila. Idea ini memang gila. Bila akta ini berjalan dan rakyat mula rasa susahnya lagi mudah kita membelasah rejim Najib-Rosmah. Baru mereka sedar dan faham kenapa kita membantah akta ini dilaksanakan dari mula. Jika tidak sampai ke sudah akta ini tidak akan difahami malah ada yang menyokong akta ini dilaksanakan. Jika disorot kembali kenaikkan harga minyak apabila beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan puluhan ribu rakyat yang membantah kenaikkan harga minyak ini, ada juga yang menyokong kenaikkan tersebut. Namun apabila perkara - perkara yang ditakuti iaitu kenaikkan secara mendadak harga barang barulah mereka sedar bahawa mereka sedang ditindas. Maka hampir tumbanglah kerajaan Bn.

Hari ini, poket rakyat bakal kering, bakal koyak, bakal hidup dalam kesempitan akibat kegilaan pimpinan Barisan Nasional yang mahu membangunkan bangunan bukannya mahu membangunkan ekonomi. Akibat kegilaan Mahathir yang boros membelanja duit Petronas nah sekarang selepas dia berhenti kita pula yang menanggung derita. Wang Petronas tidak disalurkan dengan tepat. Tumpuan kepada pembangunan yang tidak seimbang. Rasuah disana - sini. Pembaziran secara mega dilakukan. Sekarang akibat wang Petronas yang semakin mengecil dan kekurangan wang untuk membangunkan negara maka rakyat yang menjadi mangsa. GST dikenalkan. Semua harga barang akan naik. Kita di mana gaji masih rendah terpaksa menanggung derita. Jika yang tidak cukup imannya jalan pintas dipilih iaitu melakukan jenayah.

Soalan kepada rakyat Malaysia yang masih tidak sedar - sedar, kenapa gusar untuk berubah. Fikirlah masa depan anak - anak muda Malaysia. Fikirkan siapa yang mampu mentadbir negara ini dengan baik bukannya melihat siapa juara isu Ketuanan Melayu yang semakin lapuk. Renung dalam - dalam.

Buat anak muda Malaysia, bersiap - sedia. Jika ada semboyan untuk kita bangun membantah akta ini ayuh kita turun seramai mungkin.

Buat Bn...awas...amarah rakyat akan memuncak jika Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan. Tunggu sahaja hukumannya.

 

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 18 Disember 2009 21:00 )
 

Jom Undi

Pada pendapat anda, siapakah yang menang di Kajang nanti?
 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday209
mod_vvisit_counterYesterday896
mod_vvisit_counterThis week6140
mod_vvisit_counterLast week6162
mod_vvisit_counterThis month23853
mod_vvisit_counterLast month30336
mod_vvisit_counterAll1058976

Online (20 minutes ago): 8
Your IP: 54.225.18.187
,
Now is: 2014-07-26 06:23

Info PAS Chabau

"Ya Allah, kami diserang, dihimpit dari segenap penjuru dalam menegakkan agamaMu, sesungguhnya kami tak terdaya. Maka kami berserah padaMu untuk bantu kami menegakkan agamaMu

live KULIAH TOK GURU DARI DATARAN ILMU KOTA BAHARU

 

Portal paschabau.net ada menyediakan cara mengira zakat samada zakat pendapatan,perniagaan,emas dan sebagainya. Anda boleh mengira zakat yang sepatutnya dikeluarkan dengan menggunakan kaedah mengira zakat pada pautan kami. Sila klick dan anda masukkan maklumat yang anda ada dan dapatkan jumlah zakat yang harus dibayar. Hubungi adminstrator paschabau.net atau Tn Hj Nordin  012-6270843 sekiranya anda tidak tahu kepada siapa anda hendak  berzakat.

SELAMAT MENUNAIKAN ZAKAT

IKLAN PAS CHABAU

KERJA-KERJA BESI
Anda Ingin memasang pintu besi,pagar besi ,Gril,owning dan lain-lain yang berkaitan dengan besi ? sila hubung En Roslan b. Bahari (Orang Besi  Chabau )di talian 0172657596 . Harga sangat berpatutan
PERKHIDMATAN
Jualbeli tanah,tolak dan bersihkan kebun,pagar memagar,cat mengecat,dan lain-lain.Sika hubungi Sdr Shamsudin 0123016576

PEMASANGAN ALUMINIUM

KERJA-KERJA ALUMINIUM KERJA-KERJA ALUMINIUM

Syarikat Hafiz Bersaudara ada menyediakan perkhidmatan pemasangan aluminium seperti tingkap,pintu,kabinet dapur dan lain-lain. Anda boleh hubungi Hafiz/Faizal di talian 012-6897451 Kg Chin Chin  77000 Jasin Melaka.

Kira Zakat Pendapatan

video hari ini

Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

2. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Warung Hashim Online

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

Copyright © 2014 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.