Pakatan HarapanYang tiada harapan PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 24 Februari 2016 23:08

Ramai pengundi yang cenderung pembangkang memberi reaksi terhadap tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggugurkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang daripada agensi dan syarikat berkaitan kerajaan GLC di Pulau Mutiara.

Rata-ratanya setuju bahawa ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dan ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen hanya menjalankan tugas pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dalam pembentangan usul UMNO mengenai isu alam sekitar di negeri itu.

Alam sekitar adalah isu penting membabitkan rakyat Pulau Pinang dan soal politik kepartian memang tiada makna dalam perkara sebegini.

Pengundi pro pembangkang seluruh negara berpandangan, Guan Eng sepatutnya meraikan perbezaan pendapat oleh kedua-dua ADUN PKR itu dan menyemak kembali dasar kerajaan negeri, bukan balas semula dengan menggugurkan mereka.

Baca Lagi...
 
Perjuangan Pas bukan sekadar ambil Putrajaya PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 24 Februari 2016 23:06

SHAH ALAM - Perjuangan Pas lebih besar dan penting daripada sekadar mengambil Putrajaya daripada penguasaan Umno-BN.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, perjuangan Pas adalah untuk menyebarkan risalah Islam, menyelamatkan ummah daripada perangkap jahiliah dan mendaulatkan syariat Islam serta meninggikan kalimah ALLAH SWT di negara ini.

“Prinsip perjuangan Pas pasti sahaja berpaksi kepada al-Quran dan As-Sunnah. Justeru itu, apa jua keputusan Pas mestilah menepati syarak. Ini adalah prinsip yang tidak boleh bertolak ansur padanya.

“Pas menolak sebarang keputusan dan tindakan yang berasaskan matlamat menghalalkan cara.

Baca Lagi...
 
DAP Mahu Jadi Ketua, Itu Punca Masalah. –Dr Kamarul Zaman Yusoff. PDF Cetak E-mail
  
Ahad, 21 Februari 2016 19:41

 


KOTA BHARU – Masalah dalam PR sebelum ini berpunca daripada keinginan DAP untuk menerajui pakatan tersebut dalam masa sama tidak mahu Pas menjadi peneraju, kata penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Menurutnya, beliau bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendedahkan kelantangan DAP menentang Pas bukan disebabkan hudud semata- mata sebaliknya tidak mahu Pas menjadi ketua dalam mentadbir negara pada masa hadapan.
[ARTIKEL BERKAITAN: DAP tak mahu Pas jadi ketua]
“Perkara ini bukan suatu yang baru, kerana DAP sudah sekian lama melakukan tindakan menggambarkan mereka ingin menjadi ketua, memang betul apa yang diperkatakan Datuk Tuan Ibrahim (DAP punca perbalahan PR), malah berdasarkan perkembangan semasa tidak mustahil jika perkara sama berlaku dalam Pakatan Harapan kelak.
“Bukan sahaja dalam bab hudud, tetapi dalam beberapa isu lain seperti pilihan raya kerajaan tempatan, penukaran agama anak dan hak orang Islam untuk keluar dari agama pun DAP lebih cenderung membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada rakan komponen lain,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Baca Lagi...
 
PKR DAN DAP BERCAKARAN DI SERAWAK PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 19 Februari 2016 00:17

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen membidas sekutunya PKR berhubung isu rundingan kerusi pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi. Chieng Jen dalam satu kenyataan berkata beliau menahan dirinya daripada membuat sebarang kenyataan kerana DAP Sarawak mahu membantu PKR memastikan pertandingan satu-lawan-satu, dan supaya rundingan antara dua parti itu tidak terjejas. Beliau menjelaskan kepimpinan PKR negeri dan kebangsaan bagaimanapun mengambil kesempatan keatas dirinya, termasuklah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden Dr Xavier Jayakumar, dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan calon meskipun rundingan sedang berjalan. Chieng Jen berkata daripada 22 kerusi yang Wan Azizah umum untuk calon PKR baru-baru ini, sekurang-kurangnya tujuh masih sedang dibincangkan. “PKR tidak menunjukkan kejujuran di pihak mereka apabila pimpinan kebangsaannya mengumumkan calon-calon parti mereka untuk kerusi-kerusi yang sedang dipertikaikan ketika rundingan sedang berjalan.” Katanya, DAP Sarawak tidak boleh berdiam diri dikala pengumuman kerusi itu diumum kepimpinan tertinggi PKR kerana ia mewakili pendirian seluruh parti itu, lantas mendorongnya mempersoalkan apakah rundingan antara kedua parti kini telah tamat. Beliau akan bertemu kepimpinan kebangsaan PKR berhubung rundingan kerusi pilihan raya pada Februari 19 ini, katanya. Mengakui terdapat sebahagian pimpinan DAP peringkat bahagian mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang keras berhubung rundingan itu, beliau berkata kepimpinan nasional PKR sewajarnya mengelak daripada mengulangi calon-calon mereka ketika berkunjung ke Sarawak. “Ada banyak lagi isu yang boleh disebut semasa berkunjung ke Sarawak daripada mengumumkan calon PKR.”

 
Perangi Budaya Fitnah-Memfitnah PDF Cetak E-mail
  
Khamis, 18 Februari 2016 23:36
Fitnah adalah perbuatan keji yang sangat dicela oleh syara’ justeru kesan radiasi fitnah jauh lebih dahsyat dari membunuh. Allah telah menegaskan perkara ini di dalam firmanNya yang maksudnya fitnah itu lebih dahsyat (kesan dan akibatnya) dari membunuh. ~ surah al-Baqarah ayat 191 ~

Fitnah adalah angkara perlakuan manusia jahat yang suka mencetuskan kekacauan, pergolakan, permusuhan, pengkhianatan, dendam, huru-hara dan 1001 kerosakan dikalangan masyarakat umat manusia. Sedang Islam yang diturunkan oleh Allah adalah agama yang harmoni, memelihara kesejahteraan bermasyarakat dan melarang sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang mencetus perpecahan dan permusuhan seperti fitnah, tohmah dan khianah.

Firman Allah;
“Sesungguhnya orang-orang yang mencetuskan bencana fitnah (untuk memesong dan memporak-perandakan) orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan keji itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).” (surah al-Buruj ayat 10)
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 18 Februari 2016 23:39 )
Baca Lagi...
 
PAS Menerajui Budaya Politik Matang dan Sejahtera PDF Cetak E-mail
  
Khamis, 18 Februari 2016 23:33
“Jamaah” adalah platform atau wadah perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Allah di atas muka bumi ini. Fungsinya menggantikan khilafah yang telah runtuh sejak sekian lama.

Justeru itu, Jamaah ini (PAS) mesti dibaca dan dihayati sebagai sebuah Gerakan Islam bukan sebuah parti politik semata-mata. Meskipun ia menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi, namun ia hanyalah sebahagian dari tanggungjawab utama sebagai sebuah Gerakan Islam untuk menggunakan ruang-ruang yang ada demi merealisasikan amanah dakwah selama suasana damai dan aman boleh dicapai.

Inilah perbezaan utama PAS dengan parti-parti politik yang lain. Selain dasar dan prinsip perjuangannya ialah Islam, PAS juga mesti tegak dengan sistem perkaderan syakhsiah dan pembinaan ruhiyyah yang mantap dan istiqamah.

Inilah kekuatan PAS dan inilah juga sebenarnya rahsia kehebatan dan keunggulan PAS. Memisahkan PAS dari elemen-elemen spiritual dan amal tarbawi ini akan meletakkan PAS tidak ubah seperti parti-parti politik yang lain dan pastinya PAS akan hilang keistemewaan dan kewibawaannya.
Baca Lagi...
 
Rusia Terkejut, Puluhan Tank Dihancurkan Pasukan Tak Dikenal PDF Cetak E-mail
  
Isnin, 15 Februari 2016 00:10
Pasukan Rusia terkejut bukan kepalang. Mereka sudah yakin menang dengan mengerahkan puluhan tank untuk mengepung sekitar 35 orang mujahidin itu.

Para mujahidin pun sebenarnya telah terdesak. Mereka merasa tak mungkin lolos dari kepungan tank-tank Rusia.

Tiba-tiba sebuah keajaiban terjadi. Tank-tank Rusia diserbu dari luar oleh pasukan tak dikenal. Beberapa tank hancur seperti ditembak roket anti-tank. Anehnya, pasukan penyerang itu hanya terdengar suaranya, tidak terlihat siapa sebenarnya mereka. Bagaimana sosok tentaranya, seragamnya, semuanya misteri.

Mawlani Arsalan menceritakan pengalamannya itu kepada Syaikh Abdullah Azzam. “Kami saat itu berjumlah 35 orang, dikepung tank-tank Rusia. Kami melawan dengan gigih sampai amunisi kami habis. Saat itu aku menginginkan syahid dengan segala cara agar pasukan Rusia tak menangkapku hidup-hidup. Hingga detik-detik terakhir akhirnya kami pasrah dan hanya bisa berdoa. Aku berdoa kepada Allah agar tidak tertangkap oleh orang-orang kafir itu.”

“Rahmat Allah begitu dekat dengan orang-orang yang berbuat baik,” lanjut Arsalan, “Tiba-tiba situasi berubah. Tank-tank Rusia yang mengepung kami kini terkepung. Kami mendengar suara tapi tak melihat seorang pun. Akhirnya pasukan Rusia itu porak poranda.”

“Bagaimana engkau menafsirkan hal tersebut, apakah mereka malaikat?” tanya Syaikh Abdullah Azzam.

“Kalau bukan malaikat, siapa lagi?”
Peristiwa yang diabadikan Syaikh Abdullah Azzam dalam Tarbiyah Jihadiyah itu terjadi pada beberapa dekade lalu ketika Rusia (saat itu masih bernama Uni Soviet) menyerang Afghanistan. Sejumlah karamah menyertai mujahidin Afghan yang dipimpin oleh Syaikh Abdullah Azzam.

Banyak pihak yang heran bagaimana mungkin mujahidin dengan perlengkapan sederhana bisa mengalahkan Rusia yang jumlah pasukannya sangat banyak dan senjatanya jauh lebih canggih. Barangkali karamah-karamah mujahidin yang disebut Syaikh Abdullah Azzam sebagai Ayatur Rahman fi Jihadil Afghan itu adalah salah satu jawabannya. Bahwa mereka dimenangkan Allah. Para mujahidin itu ditolong Allah.

Kini Rusia kembali memerangi umat Islam di Suriah. Meskipun berdalih memerangi ISIS, ternyata yang terjadi di lapangan mereka justru menyerang para pejuang muslim Suriah dan membiarkan ISIS. Akankah muncul banyak keajaiaban sebagai Ayatur Rahman fi Jihadisy Syam, kita lihat saja. Dan berita 4 Rudal Rusia Jatuh ke Iran bisa jadi merupakan mukaddimah dari episode baru ini. Wallahu a’lam bish shawab. [Muchlisin BK/Tarbiyah.net]
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 18 Februari 2016 23:19 )
 
PAS akan letak calon bukan Islam pertama di p'raya S'wak PDF Cetak E-mail
  
Ahad, 14 Februari 2016 23:12

PAS, bagi kali pertamanya, akan mencalonkan seorang bukan Islam untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Calon bukan Islam itu adalah dari sayap penyokong parti itu, katanya.

Bagaimanapun, katanya, parti itu masih belum memuktamadkan senarai calon untuk pilihan raya Sarawak kerana belum dihantar kepada majlis syura.

"PAS Sarawak akan mengemukakan senarai calon mereka kepada majlis syura dan ia akan diputuskan oleh majlis itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

Menurut pemimpin-pemimpin parti itu, PAS akan mengumumkan calon parti itu bagi 11 kerusi yang ia rancang untuk bertanding dalam satu majlis lain di Sarawak pada 12 Mac ini, kata Tuan Ibrahim.

Masih terdapat satu atau dua kerusi yang juga dituntut oleh parti pembangkang PKR, katanya, tetapi menegaskan bahawa mereka akan berbincang dengan parti itu.

Bagi pembangkang mempunyai peluang sebenar untuk menang, mereka perlu memastikan pertandingan satu lawan satu-satu dengan BN.

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 15 Februari 2016 00:20 )
 
Bazir Wang Rakyat Untuk Papan Tanda Mega Anwar Yang Sudah Tidak Relevan? PDF Cetak E-mail
  
Ahad, 14 Februari 2016 23:03
14/2/16 – Adakah warga Selangor bersetuju wang rakyat dibazir untuk memasang papan tanda-papan tanda mega berkenaan Anwar Ibrahim di seluruh negeri itu, soal My Nation News.
“Adakah rakyat Selangor merestui wang mereka dibelanjakan untuk memenuhi nafsu politik sebuah parti yang perjuangan utamanya adalah mengenai Anwar?
“Atas arahan siapa wang ini dibelanjakan untuk mewujudkan papan tanda sebegini bersentimenkan politik?,” soalnya.
Sementara itu, blogger Omak Kau dalam tulisan terbaharu hari ini mempertikaikan kerelevanan Anwar dalam arus politik perdana hari ini :
Baca Lagi...
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>


Daftar Masuk



Pengunjung Online sekarang

Kami ada 44 tetamu online

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday385
mod_vvisit_counterYesterday737
mod_vvisit_counterThis week3485
mod_vvisit_counterLast week6394
mod_vvisit_counterThis month20648
mod_vvisit_counterLast month28733
mod_vvisit_counterAll2116277

Online (20 minutes ago): 12
Your IP: 54.156.93.60
,
Now is: 2017-09-21 15:01

Demi Masa



Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

Info Ringkas

BANGKIT ISLAM
Ahad, 13 September 2009
LIKE @[112140085517515:274:Dewan Ulamak PAS Pusat]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


KHALID MARSHAL
Ahad, 13 September 2009

 

Foto
Suka


UNDILAH PAS
Isnin, 14 September 2009

Selamat mengundi PAS! Pesanan daripada team Markaz FB!


HIMPUNAN RAKYAT
Selasa, 17 Mei 2011

Sharoni Selamat's photo.

LANTAKLAH NAIK BANYAK MANA PUN !!

 


ubah
Selasa, 17 Mei 2011

Foto


PEMIMPIN YANG DISANJUNGI
Selasa, 17 Mei 2011

 


kami ahli pas
Selasa, 17 Mei 2011
Ingat Pesan Ini..ini kalilah

apa kata pemimpin
Rabu, 18 Mei 2011


bangga jadi pemuda pas
Ahad, 03 Julai 2011


Aku BANGGA jadi PEMUDA PAS

DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI PAS CAWANGAN CHABAU


video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.