KEHEBATAN PAS PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 18 Mac 2016 17:55

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terus menjadi sasaran sama ada media ataupun mana-mana pihak untuk melihat sejauhmana kehebatan PAS menguruskan konflik yang berlaku.

Bermula selepas persidangan muktamar yang lalu, beberapa pimpinan PAS yang dikategorikan diri mereka seakan "lagenda PAS" tidak dipilih oleh sidang perwakilan lantas menubuhkan entiti baru.

?

Mereka melaungkan yang PAS sudah tidak relevan hanya kerana mereka tiada dalam barisan kepimpinan utama PAS. Pelbagai serangan disusun untuk merebahkan semangat ahli PAS.

Namun telahan mereka salah kerana sebaliknya kekuatan PAS diperingkat bawahan terus dapat membina momentum yang dijelmakan melalui Himpunan Fastaqim 60K.

Segala sudut pelusuk ahli PAS tampil berhimpun demi menyatakan sokongan kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Maka seumpama cacing kepanasan tidak mampu melihat kekuatan PAS tetapi oleh kerana hati dan jiwa diliputi hasad serta angkuh menebal merekaterus melayari bahtera yang tiada matlamatnya.

PAS dikemudi oleh Tuan Guru Presiden Abdul Hadi Awang mampu melayari perjalanan meskipun peluru berterusan disasarkan kepada PAS.

Secara rasmi juga PAS memutuskan tiada lagi kerjasama dengan DAP dan memberi isyarat Pakatan Rakyat sudah sedia untuk disemadikan dalam liang lahadnya.

Biarpun ada melihat PAS tidak mampu berseorangan ternyata telahan tersebut umpama debu ditiup angin. PAS terus gagah melangkah menyantuni rakyat, membela nasib rakyat bahkan menyediakan solusi terbaik kepada kerajaan sekaligus mengangkat model pentadbiran Islam sebenar.

Siri-siri serangan kepada pimpinan PAS Pusat menjadi bahan sebaran dalam dunia maya namun sesungguhnya janji Allah SWT benar kepada mereka yang sanggup berjuang untuk agama Allah akan dipelihara.

Kehebatan PAS semakin menyerlah dan kini terus menggetarkan jiwa manusia yang menentang Islam untuk dilaksanakan bahkan dengki dengan ketenangan pimpinan utama PAS dalam menguruskan konflik berlaku.

 
AMEK KAU GUAN ENG....BARU KENA BATANG HIDUNG !! PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 18 Mac 2016 17:45
Beginikah cara hidup pemimpin demokratik sosialis rakyat?

GEORGE TOWN ? Adakah Ketua Menteri Pulau Pinang yang mencabar Datuk Shabuddin Yahaya bersemuka di Komtar pada Ahad ini bagi membuktikan apa diucapkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Parlimen pada Khamis itu, hanya dalih untuk melarikan isu sahaja?
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, setelah tujuh tahun menjadi Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya sudah lama menggugurkan budaya politik jalanan samseng.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu pada Jumaat yang membuat cabaran dan mendakwa konon pembelian banglo daripada ahli perniagaan dibuat secara sah, bebas dan rela hati pada harga dipersetujui.
Setiausaha Agung DAP itu berdalih, transaksi dilakukan oleh kedua-dua pihak; ??willing buyer willing seller?? tanpa sebarang paksaan atau tekanan sehingga mampu memperoleh harga jauh lebih rendah daripada pasaran semasa.
Baca Lagi...
 
PAS MELONJAK KE HADAPAN PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 18 Mac 2016 17:40
Suka ataupun tidak hakikatnya tumpuan masyarakat ramai khususnya orang-orang Melayu Islam hari ini adalah terhadap PAS.

Setelah rela berpisah dengan DAP demi mempertahankan prinsip dan perjuangan Islam PAS terus dipandangan dengan penuh hormat. Lebih-lebih lagi apabila ia tenang menghadapi pengkhianatan dari mereka yang berjuang untuk agenda peribadi masing-masing PAS dilihat sebagai sebuah parti Islam yang matang dan tidak mudah goyang dan goncang walau menghadapi tekanan.

Ternyata Islam yang diamal dan diperjuangkan itu telah mematangkan PAS dan menjadi kekuatan baginya dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Ini dipersetujui oleh Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat, dari UKM apabila beliau berkata sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini:

???.perlu diingat PAS mempunyai kelebihan memandangkan parti itu tidak dibebani masalah apatah lagi mereka tidak menjalin kerjasama dengan DAP.

Ini mewujudkan persepsi terhadap orang Melayu bahawa PAS adalah harapan mereka kerana rakyat mahukan pemimpin yang baik dan mempunyai pegangan agama. Inilah kelebihan PAS dan peluang untuk mencari pengaruh??

Berbeza dengan Umno yang terpalit dengan pelbagai krisis dan masalah dalaman rakyat kelihatan mula cenderung dan berjinak dengan PAS.

Lantaran itu saya yakin dan percaya kiranya pimpinan PAS hari ini terus meneroka dimensi baru dan berjaya melompat keluar dari kekangan politik lama ketika bersama DAP dan para pengkhianat yang telah keluar parti, hati para pengundi Melayu Islam akan semakin lembut dan terbuka terhadap PAS.

Memperkasakan DHPP, ??engagement?? yang berterusan dengan pelbagai sektor masyarakat termasuklah NGO dan melalui Kongres Rakyat, menerima pakai Budaya Politik Matang dan Sejahtera, menerajui blok politik ketiga yang baru (yang bakal diumumkan sebentar nanti), adalah merupakan langkah-langkah proaktif yang akan melontarkan PAS ke hadapan sebagai parti yang terulung dan dominan dalam negara apabila meluru masuk sokongan para pengundi Melayu dan Islam selain masyarakat bukan Islam yang selesa dengannya.

PAS hari ini berada atas landasan perjuangan yang betul, dengan komitmen dan sokongan padu ahli-ahli yang istiqamah. Kebijaksanaan dan jauh bacaan politik pimpinannya akan memastikan ia sampai ke destinasi perjuangan, cepat ataupun lambat.
 
PAS Gagal Laksana Hudud? Nik Amar Jawab. PDF Cetak E-mail
  
Khamis, 03 Mac 2016 11:46



KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan negeri sebenarnya gagal melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II atau hudud di Kelantan.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah mengalah dalam usaha untuk melaksanakan hudud dinegeri ini walaupun berdepan pelbagai cabaran.

??Apa yang dimaksudkan dengan gagal tersebut, kita belum berjaya lagi, ini bukan bermakna kita gagal. Contohnya, orang naik kelapa, kita baru sampai separuh, orang tak panggil gagal lagi.
??Mungkin kita berhenti untuk ambil nafas, selepas itu kita naik baliklah, kecuali kalau kami (kerajaan negeri) gelonsor turun dari pokok, itu barulah maknanya kami gagal, kami tidak gelongsor pun. Cuma kami tersangkut ditengah-tengah,?? katanya kepada media di Kompleks Kota Darulnaim disini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang menganggap Pas sebenarnya gagal melaksanakan hudud yang diperjuangkan semenjak keberadaan arwah Datuk Nik Abdul Aziz.
 
Rafizi : Hadi Awang patutnya sedar...... PDF Cetak E-mail
  
Isnin, 29 Februari 2016 00:15

Masa ko masih merah tapak kaki dan kencing berak dalam lampin. Tg presiden PAS dah lawan UMNO.

Masa hingus ko meleleh kat sekolah tadika. Tg Presiden PAS lawan UMNO.

Masa ko kencing bercabang dan bersekolah rendah.Tg Presiden PAS lawan UMNO.

Masa jahit sunat ko baru kering dan baru kenal dunia. Tg Presiden PAS lawan UMNO.

Masa ko masuk universiti. Tg Presiden PAS lawan UMNO.

Lepas ko keluar U, duduk kerusi empuk di PETRONAS dan makan gaji dengan kerajaan pimpinan UMNO. Tg Presiden PAS lawan UMNO.

Masa ko join PKR dan lawan UMNO. Tg Presiden PAS masih lagi istiqamah lawan UMNO.

Jangan tunjuk pandai la Rafizi oiii....Ko tu yang patut sedar..

27 Mac ini aku nak tengok sama ada Najib jatuh dan Anwar keluar dari jel.

Sembang macam hebat sangat. Next PRU PAS ambik balik la kerusi Pandan.

 
5 Sebab, Mengapa Muslim Lebih Kristian dari Orang Kristian? -Dr Zakir Naik. PDF Cetak E-mail
  
Ahad, 28 Februari 2016 23:45


Ceramah Dr Zakir Naik selalu memukau ramai orang. Tak heran, beribu-ribu orang menghadiri ceramah-ceramahnya. Bukan hanya umat Islam, kalangan non muslim pun berduyun-duyun datang. Salah satu kenyataan Dr Zakir Naik yang sempat diprotes kalangan Kristian adalah seputar hakikat Kristian.

Baca Lagi...
 
Makin Biadap! DAP Hina Almarhum Raja Arab Saudi -Mynewshub. PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 24 Februari 2016 23:21

KURANG ajar dan biadap. Tindakan DAP menyebarkan video klip dengan mesej antikerajaan ketika sambutan Tahun Baharu Cina awal bulan ini nyata berlawanan dengan semangat tradisional perayaan kaum itu sendiri.

Ia bukan sahaja menimbulkan rasa kurang senang kaum bukan Cina, malah parti komponen BN iaitu MCA juga mengutuk video itu sebagai nyata menghina almarhum Raja Arab Saudi, Allahyarham Raja Abdullah sendiri.
Paparan video yang menyindir derma baginda kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 tidak sahaja boleh mencetuskan perasaan kebencian ketika musim perayaan itu, bahkan dianggap amat jijik.
Baca Lagi...
 
Mat Sabu: 'Kalau aku marah, aku buka baju atas pentas ..' Tapi.. PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 24 Februari 2016 23:16

Kalau aku marah, aku buka baju atas pentas ... pasti esok suratkhabar muka depan tulis Mat Sabu takde akhlak. Sesetengah ustaz pun akan kata gitu.

"Tapi, bila pemimpin rasuah depa diam. Padahal buka baju bukan dosa, tapi rasuah jelas haram. Inilah masalah umat Islam hari ini. Mereka tidak merasa jijik dengan rasuah." kata Mohamad Sabu didalam satu ceramah Parti Amanah Malaysia (PAN) Di Taman Asa Jaya, Kajang.

Tetapi Mat Sabu tak pula menjelaskan kepada para penyokongnya dimanakah letaknya perlembagaan PAN yg mencatatkan penentangan pada rasuah..

PAN sehingga kini langsung tak menyatakan pendirian didalam penentangan mereka berkenaan isu rasuah didalam negeri yang dikuasai oleh Pakatan pembangkang khususnya di Selangor dan juga P.Pinang.

Di P.Pinang,  apabila ada ADUN PKR bangun bersuara menentang unsur rasuah dalam isu tambak tanah oleh kerajaan DAP negeri, mereka dipecat oleh Lim Guan Eng yang merupakan "Abang angkat" kepada Mat Sabu.

Jika benar Mat Sabu memandang jijik kepada rasuah seperti yang diucapkannya didalam ceramah, sudah tentu berbakul Lim Guan Eng kena maki.. Tetapi sehingga kini langsung tiada suara yang keluar dari tekak bekas Timbalan Presiden PAS tersebut. Mungkin Mat Sabu takut hilang elaun dari Guan Eng jika dia bersuara..

Inilah Mat Sabu yang rakyat Malaysia kenal selama ini.. Cakapnya berdegar-degar hinggakan langit pun mampu runtuh kalau dia berceramah.., walhal satu apapun cakapnya tak boleh dipakai. Sebab itulah Mat Sabu sekadar mampu jadi balaci Guan Eng sahaja sehingga kini

 
Hanya 40% Kepercayaan Rakyat Pada K'jaan -Penganalisis PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 24 Februari 2016 23:13

Barisan ahli panel perbincangan hasil Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia semalam di mana kajian menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia kepada kerajaan pada tahap 40%.

Rakyat Malaysia, tidak kira tahap pendidikan mereka, semakin hilang kepercayaan terhadap Putrajaya, memungkinkan keadaan di mana kerajaan persekutuan digulingkan pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis.

Mengulas mengenai Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia yang dikeluarkan semalam, mereka berkata, ia menunjukkan rasa tidak percaya itu boleh mencerminkan bagaimana rakyat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018. Walaupun terdapat jurang antara 2 segmen penduduk – lepasan universiti dan tidak – dalam kepercayaan mereka terhadap kerajaan, jurang ini makin mengecil, kata pemungut suara bebas Ibrahim Suffian.

Internet sebagai sumber maklumat Kajian Edelman menunjukkan kepercayaan keseluruhan terhadap kerajaan adalah pada 40%. Mereka yang dikategorikan sebagai “bermaklumat”, yang berpendidikan universiti dan menyumbang kepada 25% teratas daripada kumpulan umur mereka, kurang mempercayai kerajaan.

Hanya 34% daripada mereka yang mempercayai kerajaan, berbanding dengan 39% daripada kalangan “orang awam”, menurut kajian itu. 

Baca Lagi...
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>


Daftar Masuk



Pengunjung Online sekarang

Kami ada 33 tetamu online

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday385
mod_vvisit_counterYesterday737
mod_vvisit_counterThis week3485
mod_vvisit_counterLast week6394
mod_vvisit_counterThis month20648
mod_vvisit_counterLast month28733
mod_vvisit_counterAll2116277

Online (20 minutes ago): 12
Your IP: 54.156.93.60
,
Now is: 2017-09-21 15:01

Demi Masa



Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

Info Ringkas

BANGKIT ISLAM
Ahad, 13 September 2009
LIKE @[112140085517515:274:Dewan Ulamak PAS Pusat]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


KHALID MARSHAL
Ahad, 13 September 2009

 

Foto
Suka


UNDILAH PAS
Isnin, 14 September 2009

Selamat mengundi PAS! Pesanan daripada team Markaz FB!


HIMPUNAN RAKYAT
Selasa, 17 Mei 2011

Sharoni Selamat's photo.

LANTAKLAH NAIK BANYAK MANA PUN !!

 


ubah
Selasa, 17 Mei 2011

Foto


PEMIMPIN YANG DISANJUNGI
Selasa, 17 Mei 2011

 


kami ahli pas
Selasa, 17 Mei 2011
Ingat Pesan Ini..ini kalilah

apa kata pemimpin
Rabu, 18 Mei 2011


bangga jadi pemuda pas
Ahad, 03 Julai 2011


Aku BANGGA jadi PEMUDA PAS

DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI PAS CAWANGAN CHABAU


video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.