SELAMAT BERJUANG 11 PAHLAWAN PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 08 April 2016 22:06

?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)- Surah Ali Imran 200.

1) Bersempena semboyan PRN Sarawak, marilah kita sama-sama memberikan sokongan dan dokongan padu untuk menjayakan visi dan misi PAS menerusi pendekatan muwajahah silmiyyah dan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) dengan merealisasikan agenda tarbiyah, dakwah, dan siyasah dalam setiap sudut gerakerja pilihanraya.

2) Semua pendokong diharapkan dapat melibatkan diri dengan pelbagai usaha dengan sabar, saling menyabarkan, ribat, dan taqwa
untuk memenangkan Islam di bumi Kenyalang ini.

3) Justeru, setiap anggota semua peringkat marilah sama-sama meningkatkan lagi infaq tenaga dan wang untuk melancarkan lagi gerakerja PRN Sarawak. Pastikan sekurang-kurangnya sekali kita terlibat dengan gerakerja PRN Sarawak dengan menjejakkan kaki ke sana sepanjang tempoh PRN ini.

4) Pihak LTP DMPM menganjurkan semua ahli PAS khususnya muslimat agar puasa sunat terutama Isnin dan Khamis, istighfar 1000 sehari, bacaan al-Ikhlas 100X, solat hajat setiap malam dan melazimi tilawah al-Qur'an. Bagi semua muslimat yang berkeuzuran bolehlah membanyakkan lagi zikir dan bernazar sesuatu amal soleh untuk kemenangan PAS di DUN yang dipertandingkan.

5) Sentiasalah kita mendoakan kesihatan, keselamatan, dan kerahmatan daripada Allah SWT ke atas calon-calon kita terutama calon tunggal DMP Saudari Hamidah yang sanggup berkorban mewakili PAS di N29 Beting Maro.

6) Pejuang kebenaran PASTI menang lantaran kemaraannya membawa Islam di persada masyarakat yang perlukan bimbingan dan hidayah Allah SWT.

7) Kepada semua 11 pahlawan yang menjadi calon mewakili PAS dan team petugas yang setia, setiap langkah kerana Allah PASTI dinilai sebagai amal soleh. Siiru ala barakatilLah

Wassalam.

Dr Uswah Tahir, Pengerusi LTP DMPM

 
Bekas penyanyi terkenal calon PAS di S'wak PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 08 April 2016 22:00

Bekas penyanyi dan artis rakaman Iban terkenal di Sarawak, Clement Bayang mencipta sejarah dalam politik Sarawak apabila menjadi calon bukan Islam PAS yang pertama bakal bertanding dalam pilihan raya ke-11 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.


Clement, 59, pernah merakamkan sebuah album pada 2010 juga adalah tuai rumah (ketua rumah panjang) serta Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak adalah antara 11 calon yang bakal ditampilkan oleh PAS dan akan bertanding di kawasan DUN Kakus.


PAS turut menampilkan calon termuda dan satu-satunya calon wanita iaitu Hamidah Mokthar,26, seorang pengurus butik pakaian Muslimah dan Setiausaha Muslimah PAS Sarawak yang bakal bertanding di kerusi DUN Beting Maro.

Calon-calon PAS lain ialah Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Samariang), Zainal Abidin Yet (Pantai Damai), Zulkipli Ramzi (Muara Tuang), Asan Sikro (Sadong Jaya), Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad (Sebuyau), Kiprawi Aman (Jepak), Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo (Lambir), Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee (Pujut) dan Zharudin Narudin (Samalaju-kerusi DUN baru).

Kesemua nama-nama calon diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sebuah hotel di Bintulu malam tadi.

Terdahulu sebelum pengumuman dibuat, Abdul Hadi di dalam ucapan berkata, pemilihan calon-calon PAS untuk pilihan raya adalah berdasarkan maklum balas dari akar-umbi di Sarawak.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Untuk pilihanraya negeri kali ini sebanyak 82 kerusi DUN bakal dipertandingkan termasuk 11 kerusi DUN baharu selepas persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

- Bernama
 
RAMAI ASKAR AMERIKA BUNUH DIRI.. PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 08 April 2016 21:59

Washington: Taraf bunuh diri di kalangan anggota tentera Amerika Syarikat terus meningkat tinggi. Tahun lepas tahun 2015, hampir 500 kakitangan aktif dan cadangan dalam tentera AS dilaporkan telah membunuh diri.

Dalam laporan terbarunya seperti dilapor News.com.au, Rabu (6/4/2016), Jabatan Pertahanan AS alias Pentagon menyebutkan bahawa 265 tentera yang aktif bertugas di Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan Kor Marin bunuh diri pada tahun 2015.

Adapun di kalangan tentera cadangan, tercatat 210 kes bunuh diri tahun lalu. Sebelumnya pada tahun 2011, tercatat sebanyak 145 kes bunuh diri di kalangan tentera. Sejak itu jumlah kes bunuh diri terus meningkat sehingga pada tahun 2012, jumlahnya mencapai 321 kes.

"Mengurangkan risiko bunuh diri memerlukan iklim yang mendorong para anggota tentera untuk mencari bantuan, mengurangkan akses kepada alat-alat mematikan dan memperluaskan komunikasi dan kesedaran para anggota tentera dan keluarga mereka," kata jurucakap Pentagon, Hermes Gabrielle.

Menurut Pentagon, peningkatan kes bunuh diri di militer sebahagian besar terjadi di Angkatan Darat, di mana 120 kes bunuh diri dilaporkan tahun 2015 lalu, angka yang sama pada tahun 2013 dan 124 kes pada tahun 2014.

Tingkat bunuh diri di Angkatan Darat pada tahun 2012 hampir mencapai 30 kes bunuh diri bagi setiap 100,000 tentera, jauh di atas tahap nasional sebanyak 12.5 per 100,000 pada tahun 2012.

Penglibatan tentera AS yang terus-menerus dalam perang di negara-negara lain dan kurangnya rawatan yang mencukupi untuk para veteran yang pulang ke AS, kerap disebut sebagai sebab utama peningkatan kes bunuh diri tersebut.
 
PRN Sarawak: PAS letak 11 calon termasuk bukan Islam PDF Cetak E-mail
  
Selasa, 05 April 2016 22:28

PETALING JAYA: Buat julung kalinya, PAS akan meletakkan seorang calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11.

Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar Suhaili akui ia usaha pihaknya untuk bertapak dalam politik Sarawak. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti calon itu.

"Pengumuman rasmi kesemua 11 calon, termasuk calon bukan Islam itu dan satu-satunya calon wanita, akan diumumkan esok malam di Bintulu," katanya lapor Bernama.

Calon-calon PAS dikatakan daripada pelbagai latar belakang dan merupakan profesional daripada syarikat multinasional, pesara, usahawan dan bekas penjawat awam.

"Kami telah turun padang ke seluruh Sarawak menerusi program kami dipanggil "Untukmu Sarawak" yang telah dilaksanakan pada 2014 dan berdasarkan maklum balas, kami yakin yang kami ada peluang," katanya lagi.

PAS akan bertanding di Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju, yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri yang baharu.

Sebelum ini, pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, PAS hanya bertanding di lima kawasan iaitu Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.

Ketika ditanya tentang cadangan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk bertanding, Mukhtar menyifatkan percubaan itu tidak akan menjejaskan parti Barisan Nasional (BN) bahkan meningkatkan peluang mereka untuk menang.

Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dipetik sebagai berkata bahawa parti itu akan bertanding di 13 kerusi dalam pilihan raya negeri.

Dewan Undangan Negeri Sarawak dijangka dibubarkan pada 11 April ini bagi diadakan pilihan raya negeri ke-11.

 
Mahfuz....husam PDF Cetak E-mail
  
Ahad, 03 April 2016 17:09


??Ia diibaratkan seperti orang yang kita nak bunuh tengah menggelupur nak mati, dan buat apa lagi kita nak potong leher dia. Biar dia mati sendiri. Itulah politik. Jangan bila dia buat sesuatu terus kita nak ambil hukuman,?? kata Tan Sri Anuar Musa ketika mengulas kedudukan bekas MB Terengganu Mat Said.Umno tidak perlu tergesa gesa mengambil tindakan kerana perumpamaan yang diberikan itu.Menarik sekali tentang perumpamaan ini ialah kalau diadukan dengan kedudukan Mahfuz Omar dan Husam Musa dalam PAS.Kenapa nak desak PAS mengambil tindakan terhadap mereka berdua sedangkan kedudukannya sama dengan Mat Said, menggelupar nak mati!

Anuar Musa seolah meniru PAS kerana PAS sudah lama mengamalkan pendekatan atau prinsip tidak tergesa gesa memecat Ahli yang melanggar arahan parti.Mungkin ada yang nak persoal kenapa Hassan Ali dipecat? Jawabnya ketika Hassa Ali dipecat, AJK pusat PAS dikuasai oleh geng Jebon yang tidak mahu ada orang yang menentang agenda mereka jadi kerana Hassan Ali mahu menentang secara terang terangan, mereka menggunakan kedudukan kekuatan mereka dalam AJK pusat untuk memecat sementara presiden yang ?mungkin sedar kebaikan Hassan Ali tidak berada dalam PAS tidak menggunakan kuasa vetonya berbeza dengan keputusan menolak pencalonan DSWA sebagai MB Selangor yang mana keputusan mesyuarat juga tidak memihak kepada TGHH sehingga beliau terpaksa menggunakan kuasa vetonya.

Sekaligus menjawab dakwaan PAS tidak tegas atau tidak ada keberanian atau tidak jantan dalam menangani Mahfuz dan Husam.Perumpamaan yang diberi oleh Anuar Musa sudah cukup menjawab kenapa.Husam yang semakin "usang" terperok di pinggiran serta menunggu masa untuk pergi dari PAS, Mahfuz pula semakin menggelupar kesakitan juga menunggu masa untuk pergi dari PAS tak perlu dibuat apa apa, sebaliknya hanya perlu disaksikan karenah buang tabiat mereka.

Serangan peluru kapur Husam di Kelantan, keghairahan Mahfuz mahu jadi hero dalam kes sarul serta kepetahan kata kata mereka berdua di kongress rakyat yang baru lalu merupakan karenah buang tabiat mereka berdua sama seperti kerenah Mat Said mengemukakan usul undi tak percaya kepada MB Terengganu baru baru ini.

Pendek kata kedudukan Husam.Mahfuz dan Mat Said hampir serupa tapi tak sama!

 
JAWABLAH GENG !! LUTUT SUDAH KETAR KE ? PDF Cetak E-mail
  
Sabtu, 19 Mac 2016 12:12

Assalamualaikum,

Beberapa bulan dulu, kumpulan anak muda progresif tampil dengan gahnya membuat lapuran SPRM mengenai rasuah pemimpin kerajaan kelantan dari PAS dan seketika isu rasuah ini hangat diputarkan oleh macai macai PAN.Kemudian isu ini terhenti sehingga SPRM sendiripun tidak mengambil apa apa tindakan dan didiamkan begitu saja, entah di mana anak muda yang mendakwa sekarang ini.Tiba tiba tanpa angin, tanpa ribut muncul pula isu yang lebih menarik, kali ini melibatkan pemimpin tertinggi PH dari DAP yang memimpin kerajaan Penang.Dakwaan rasuah LGE pula memenuhi ruang udara negara sekarang ini dan dihangatkan dengan lapuran polis , kemudiannya SPRM sesudah isu itu dibangkitkan di Parlimen.Tidak ada lagi anak muda yang progresif yang sentiasa berusaha membenteras jenayah pimpinan Chegu Bard yang terlibat dengan kes terbaru LGE ini, begitu juga macai macai PAN terkunci mulut mereka tidak seperti ketika isu rasuah pemimpin kerajaan Kelantan dari PAS dulu.

Baca Lagi...
 
KIT SIANG...LU BERHENTILAH POLITIK SEMPIT !! PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 18 Mac 2016 18:10

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang?supaya berhenti berfikiran?politik sempit.

Khalid (Bandar Tun Razak-Bebas) membuat teguran itu susulan kenyataan Kit Siang yang menggambarkan Malaysia sebagai negara yang gagal dan "Banana Republic".

Katanya, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam ucapan perasmian di Parlimen minggu lalu telah mengingatkan kepada semua agar bekerjasama antara satu sama lain demi negara dan mereka sepatutnya berhenti mempolitikkan setiap isu.

"Saya mahu menyatakan kepada beberapa Ahli Parlimen bahawa terdapat kenyataan yang dibuat tidak selaras dengan ucapan YDPA.

"Ahli Parlimen Gelang Patah (Kit Siang) berkata Malaysia menuju ke arah negara yang gagal. Perkataan ini boleh menjejaskan negara kita kerana ia menunjukkan bahawa mata wang negara kita seolah tidak mempunyai nilai.

"Kriteria mengatakan kita sebuah negara gagal bererti negara telah hilang kawalan menguruskan negara atau tidak berupaya menyediakan perkhidmatan awam. Saya tidak nampak mana-mana yang disebut itu berlaku masa ini," katanya di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Ahmad Fauzi Zahari mencelah dan meminta Khalid untuk menyatakan pendirian sama ada pembangkang telah membohongi orang ramai dalam keadaan semasa negara.

"Saya mengikut nasihat YDPA dan enggan mempolitikkan sebarang isu. Saya berkongsi pengamatan saya dan saya biarkan orang ramai untuk menilainya," jawab bekas Menteri Besar Selangor selama enam tahun itu.

 
DAHLAH TAK MEMBANTU...MENGHALANG PULAK !! PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 18 Mac 2016 18:07

SHAH ALAM - ??Hairan, setelah tidak membantu untuk memartabatkan undang-undang syariah, ada yang sibuk pula untuk menjadi penghalang.??

Demikian reaksi sinis Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari terhadap kenyataan terbaharu dibuat pihak tertentu mengenai hudud.

Menurutnya, di Kelantan Pas sudah mentadbir lebih 25 tahun dan memohon untuk diberikan hak dilaksanakan undang-undang Islam berkenaan di negeri itu namun ada pihak yang mendakwa suasana masih belum kondusif.

??Soalnya, bilakah tibanya suasana kondusif itu? Perjuangan kerajaan Kelantan ialah mengkanunkan undang-undang tersebut. Langkah pertama ialah dengan melakukan perubahan ke atas Akta 355 yang menyekat kuasa Mahkamah Syariah.

??Jika enakmen yang Kelantan luluskan ada kecacatan, perkatakan. Kenapa sibuk mempersoalkan tidak kondusifnya suasana untuk melaksanakan undang-undang syariah? Sedangkan boleh sahaja tenaga dihulur untuk turut membantu menjadikan suasana lebih kondusif,?? katanya menerusi laman Facebook, semalam.

Dipercayai kenyataan beliau ini merujuk kepada kemas kini status Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyebut dahulu beliau pernah mengeluarkan pendapat agar syarat pelaksanaan hudud hendaklah diwujudkan dalam suasana yang kondusif.

Mohd Asri semalam mengulas soal sebuah video yang dimuat naik bertajuk ??Pas, Ikatan Setuju Tangguh Hudud?? yang menunjukkan kenyataan pemimpin Pas dan Ikatan tentang hudud yang dirakam ketika sidang media pengumuman pembentukan blok politik ketiga, semalam.

Mengulas soal video tersebut, Ahmad Fadhli berkata, dalam video tersebut tiada kenyataan daripada pimpinan Pas bahawa hudud ditangguhkan.

??Bahkan ia hanya penegasan bahawa daripada pimpinan Pas bahawa hudud akan dilaksanakan dengan beransur-ansur. Bukannya (laksana) pagi esok selepas Pas memenangi pilihan raya umum.

??Jika perkataan tangguh itu keluar daripada pimpinan selain pimpinan Pas di dalam sidang media yang sama, tidak adil ia turut dilumurkan kepada Pas apatah lagi konteks perkataan itu ialah dalam rangka 'bersetuju dengan hudud sebagai seorang Muslim',?? katanya.

Tambahnya, ??adakah sebelum ini ada pimpinan Pas mendakwa bahawa hudud akan dilaksanakan serta merta jika Pas menang? Jika tidak, maka di atas butir mana tuan berhujah???

Melalui video itu, Presiden Ikatan menyebut bahawa sebagai orang Islam kita perlu menerima hukum hudud namun dalam Islam, ada keadaan-keadaan tertentu di mana lebih elok jika ia ditangguhkan maka ia perlu ditangguhkan seketika kerana pada akhirnya nanti rakyat yang akan menentukan pelaksanaan tersebut.

Mohd Asri dalam kenyataan di Facebook itu berkata, beliau pernah menyebut ada hal lain yang lebih utama dibandingkan hudud bagi negara seperti Malaysia.

??Walaupun beberapa tahun lepas pandangan ini dibantah, Alhamdulillah hari ini pihak berkenaan akui. Alhamdulillah, zaman kekhilafan itu telah berakhir. Politik matang mengambil tempat.

??Semua tindakan lepas diakui salah dan 'tidak matang' di sisi agama. Perlembagaan diakui dan dihormati. Bahkan lebih jauh dari itu dinyatakan 'Islam tidak menggalakkan kita menukar pemimpin'.

??Walaupun ungkapan yang akhir itu saya rasa sangat perlukan perincian dan huraian yang lebih. Tidak boleh ditelan begitu sahaja. Namun, kita akui bahawa perubahan yang besar telah berlaku dalam parti politik,?? katanya.

 
MAZA.. PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 18 Mac 2016 18:03

Assalamualaikum,,,



Awak tu mufti, satu jawatan yang penting untuk umat Islam, jawatan untuk menjaga peri urusan hidup umat Islam bukannya jawatan yang tangkap muat semua benda yang memenuhi selesa awak dan meminggirkan mana mana maslahah umat yang tidak awak sukai.Itu respon awal saya kepada Dr.Maza apabila membaca apa yang ditulisnya mengenai sebaran berita mengenai hudud yang begitu rancak disensasikan oleh macai macai PAN dan wartawan glamour.Berita yang disebarkan itu terlalu cepat malah sama cepat dengan kenyataan yang dikeluarkan ketika perlancaran blok ketiga oleh TGHH dan Kadir Syeik Fadhil.Kesahihan berita masih belum disahkan, sudah disebarkan secara fasik oleh kumpulan manusia yang tidak pernah bersetuju dengan apa jua yang dilakukan oleh TGHH dan PAS.Dr.Maza ikut sama.

Dr.Maza tidak mungkin lupa dengan ayat quran yang menyuruh kita semua orang beriman supaya menyelidik dulu berita yang disebarkan oleh orang fasik, mencari kesahihan berita itu dulu dan tidak mungkin juga Dr.Maza lupa ayat yang disebut oleh TTIM mengenai setiap berita itu akan perlu masa untuk ditentukan kesahihannya.

Dr.Maza boleh memberi komennya setelah mengesahkan bahawa berita yang diterimanya benar,tetapi kemen yang dibuat secepat kilat sebaik sahaja menerima berita itu yang agak menghairankan. Apatah lagi dibuat oleh seorang yang berjawatan mufti yang sepatutnya menjaga urusan harian umat Islam.komen dr.Maza nampak cantik dan menarik tetapi malangnya bersandar kepada sumber berita yang fasik.

Sepatutnya, kehidupan seorang mufti sentiasa dikawal selia oleh ayat ayat quran, sepatutnya Dr. Maza meneliti dulu, tunggu dulu dan lihat benarkan itu kenyataan yang dikeluarkan oleh TGHH.Bagi pihak saya. saya dapati bahawa TGHH lebih teliti dari Dr. Maza, TGHH tidak akan berkata apa apa sebelum kajian dan penelitian dibuat, tapi Dr. Maza lebih celupar apabila satu satu isu itu memenuhi seleranya, dan sudah tentu isu hudud yang melibatkan penangguhan yang dibuat oleh PAS akan sentiasa memenuhi seleranya.

Jadi apa lagi apabila mendengar berita fasik yang menyebut PAS sudah menangguhkan Hudud kerana nak berblok dengan Ikatan, tanpa fikir panjang Dr. Maza terus mengeluarkan komen.Sehingga TITM membacakan ayat yang sepatutnya diikuti oleh Dr.Maza.

Saya ingin bertanya apakah tujuan Dr. Maza? kalau tujuannya inginkan umat bersatu,rasanya tak perlu tunggu terbentuknya blok ketiga dengan menangguhkan hudud, malah tak perlu tunggu hudud ditangguhkan, Dr Maza sebagai mufti mempunyai ruang dan peluang yang luas untuk merancakkan aktiviti aktiviti kearah pematuhan hamba kepada Khalidnya, merancang semua urusan tarbiyah kearah menjadikan "Tali ALLAH" sebagai mekanisma penyatuan umat.

Dr. Maza tidak langsung menunjukkan kesan kehadirannya sebagai mufti kepada umat, sebaliknya petah menyeru umat yang berbeza fahaman poilitik kepartian untuk bersatu. Satu seruan yang tidak menepati seruan bersatu dengan "Tali ALLAH" sebagaimana ?termaktub dalam quran.

Inilah yang amat mengelirukan mengenai Dr.Maza dan setiap apa yang dikomennya mengenai satu satu isu yang menarik minatnya.Apa sebenar minat Dr. Maza? Islam atau apa?

Akhir kata saya ingin menjelaskan kalimah fasik yang saya gunakan dalam artikal ini.Kalimah fasik ini seharusnya lebih difahami oleh Dr.Maza jadi tak perlulah saya perincikannya walaupun nanti mungkin ada yang kurang faham dengannya akan mengutuk saya kerana memggunakannya.

Umumnya, beza antara orang beriman dan fasik ialah, orang beriman tidak terburu buru menyebarkan satu satu berita yang didengarnya sementara orang fasik akan menjadi golongan yang gembira menjadi penyebar berita tersebut.

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>


Daftar Masuk



Pengunjung Online sekarang

Kami ada 64 tetamu online

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday385
mod_vvisit_counterYesterday737
mod_vvisit_counterThis week3485
mod_vvisit_counterLast week6394
mod_vvisit_counterThis month20648
mod_vvisit_counterLast month28733
mod_vvisit_counterAll2116277

Online (20 minutes ago): 11
Your IP: 54.156.93.60
,
Now is: 2017-09-21 15:03

Demi Masa



Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

Info Ringkas

BANGKIT ISLAM
Ahad, 13 September 2009
LIKE @[112140085517515:274:Dewan Ulamak PAS Pusat]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


KHALID MARSHAL
Ahad, 13 September 2009

 

Foto
Suka


UNDILAH PAS
Isnin, 14 September 2009

Selamat mengundi PAS! Pesanan daripada team Markaz FB!


HIMPUNAN RAKYAT
Selasa, 17 Mei 2011

Sharoni Selamat's photo.

LANTAKLAH NAIK BANYAK MANA PUN !!

 


ubah
Selasa, 17 Mei 2011

Foto


PEMIMPIN YANG DISANJUNGI
Selasa, 17 Mei 2011

 


kami ahli pas
Selasa, 17 Mei 2011
Ingat Pesan Ini..ini kalilah

apa kata pemimpin
Rabu, 18 Mei 2011


bangga jadi pemuda pas
Ahad, 03 Julai 2011


Aku BANGGA jadi PEMUDA PAS

DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI PAS CAWANGAN CHABAU


video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.