Oleh itu, adalah wajar jika mana-mana pihak menghentikan kebimbangan tidak bertempat mereka, apatah lagi bersikap jahil apabila mahu mengaitkannya dengan unsur-unsur politik. Mereka seharusnya tidak mencampuri urusan tersebut kerana ia semata-mata berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan umat Islam.

Ketakutan tidak tentu pasal terhadap pembentangan rang undang-undang itu hanyalah menampakkan ke?dangkalan pihak tertentu untuk memahami maksud sebenar pindaan tersebut dilakukan. Adalah sesuatu yang malang jika segala-galanya mahu dilihat dari segi politik atau dipolitikkan kerana ia boleh menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Pembentangan yang dilakukan oleh Abdul Hadi bukanlah bertujuan politik dan sama sekali tiada kaitan dengan politik. Pindaan itu dicadangkan semata-mata bagi memperkukuhkan institusi Mahkamah Syariah.

Andaian kononnya ia akan mewujudkan dua bentuk undang-undang yang berbeza juga adalah satu pandangan yang jauh menyimpang daripada maksud sebenar pindaan tersebut dilakukan. Justeru umat Islam tidak harus terganggu atau merasakan terganggu dengan hujah-hujah pihak tertentu yang terus mahu berpolitik waima melibatkan Mahkamah Syariah sekalipun.

Dalam berhadapan isu seumpama ini, seluruh umat Islam seharusnya bersatu tanpa mengira apapun fahaman politik mereka. Tindakan yang mahu bersekongkol dengan mana-mana pihak yang cuba menentang pindaan itu hanya akan menampakkan kelemahan umat Islam itu sendiri.

Perlu diingat kalau pun pindaan itu diluluskan ia hanya berkaitan umat Islam, oleh itu pihak-pihak yang tiada dengan umat Islam dan agama Islam tidak perlu me?nyibuk atau melatah tidak tentu pasal. Sebab itulah penulis berpendapat tindakan beberapa ahli Parlimen daripada pembangkang yang mempertikaikan mengapa usul yang dibawa oleh Abdul Hadi didahulukan sedangkan ia berada di kedudukan ke-15 atau terakhir dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat hanyalah bermotif politik semata-mata atau mereka sudah kehabisan modal politik.

Sememangnya mereka yang menentang pembentangan pindaan itu tidak perlu dilayan atau diminta mengkaji apa yang terkandung dalam pindaan tersebut kerana mereka tidak akan mempedulikannya. Penentangan mereka sama sekali bukan berdasarkan kepada fakta. Berikutan itu apa juga bantahan mereka tidak perlu dilayan, apatah lagi Abdul Hadi sendiri berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan pembentangan itu. Apapun segala yang berlaku dalam isu ini harus memberi peringatan kepada umat Islam bahawa inilah keadaannya jika mereka tidak bersatu sehinggakan hendak membentang pindaan berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah pun akan ada pihak membantahnya.

Itu baharu melibatkan pindaan rang undang-undang, bagaimana dengan perkara lain yang bertujuan memperkasakan institusi Islam dan umat Islam di negara ini, adakah puak-puak tersebut akan menunjukkan sikap yang sama? Kesimpulannya, Abdul Hadi perlu diberi peluang meneruskan pembentangan pindaan itu. Tidak usah difikirkan apa orang lain hendak kata. Hujah mereka tidak penting apatah lagi jika mereka bukan Islam, ini urusan umat Islam secara keseluruhan, oleh itu ??biarlah kami menguruskannya sendiri??